Tuesday, August 10, 2010

DHPP penguat kepada PAS




AYER TAWAR: Kesedaran kaum bukan Melayu, Cina dan India terhahap kejahatan dan kezaliman Umno/BN sebenarnya telah membuka peluang kepada PAs untuk mendekati golongan tersebut, sekaligus memperkenalkan Islam dan PAS kepada mereka.

Ruang ini membolehkan PAS berdakwah kepada mereka tetapi bukan bermakna PAS memaksa bukan Islam untuk menganut Islam tetapi dapat menerangkan dasar PAS dan pemerintahan cara Islam kepada bukan Islam, dalam masa yang sama mereka boleh kekl dengan agama dan resam budaya masing masing di bawah semangat keadilan Islam.

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dalam ucap utamanya yang dibacakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin di majlis perasmian Konvensyen PAS Perak di sini pada 6 Pgos lalu.

"Kita menemubual sebilangan besar anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), mereka secara yakin menyatakan mereka bersedia di bawah sistem pentadbiran yang adil serta memahami dasar perjuangan PAS yang membela rakyat tanpa mengira kaum," ujarnya.

Menurut beliau, krisis demi krisis, kezaliman dan kepura puraan BN dalam menjalin hubungan antara kaum membawa fenomena lebih besar iaitu peralihan undi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat.

Kesan daripada ini, Pakatan Rakyat yang kukuh, dengan meningkatnya sokongan kaum bukan Melayu dan PAS menang banyak kerusi hasil sokongan kaum bukan Melayu, jelasnya.

PAS katanya tidak akan mengabaikan kaum bukan Melayu yang telah memberi peluang kepada PAS untuk menampilkan aspirasi dan dasar PAS.

Oleh itu amat tidak wajar bukan Melayu hanya perlu didekati setiap empat tahun sekali sahaja yang lansunng tidak menampilkan jiwa dan sunah Rasulullah yang menjadikan agenda `emgagement' dengan kaum bukan Islam sebagai rutin Baginda, katanya.

Ahli ahli PAS, tambahnya perlu efektif memahami ramai kaum bukan Islam terhadap sistem syariah, keadilan ekonomi Islam dan agenda kebajikan Islam.

"DHPP telah mengukuhkan Pakatan Rakyat serta memperkuatkan juga DAP dan PKR kerana segmen yang gagal ditembusi oleh parti tersebut berjaya diisi pula DHPP," katanya.

Menurut beliau DHPP kini menutup ruang paranoid atau ketakutan kaum bukan Islam terhadap PAS, kerena itu tidak ada siapa lagi menafikan peranan PAS terhadap kaum bukan Islam kerana DHPP boleh menjadi model dan fasilitor terhadap pelbagai tohmahan dan lemparan isu berkenaan.

Ahli ahli PAS juga perlu membawa Konsep Prinsip Pendekatan Hikmah dan Bertahap (tadarruj) di mana ahli ahli PAS perlu memahami betapa perlunya mendekati kaum bukan Islam.

"Disiplin yang tinggi untuk bersabar membina genarasi baru penguat PAS dari kalangan bukan Islam sangatlah diperlukan," katanya.

No comments:

Post a Comment