Monday, August 9, 2010

Bukit Larut: Kaji kesan alam sekitar


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak membantah usaha untuk membangunkan kawasan peranginan Bukit Larut bahkan mengalu-alukan dengan cadangan mewujudkan Kereta Kabel yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri sungguhpun tidak membuka ruang perbincangan bersama mereka yang sepatutnya dan kekhuatiran kami sekiranya ia membahayakan alam sekitar walaupun jaminan diberikan untuk cara pembinaannya.

Isunya ialah, struktur tanah yang tidak stabil masih berlaku yang mengakibatkan tanah runtuh di atas Bukit Larut. Stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di atas Bukit Larut yang mana selalu digunakan sebagai laluan oleh TNB selalu berlaku tanah runtuh di sana. Keadaan ini amat membimbangkan jika langkah-langkah drastik tidak diambil tindakan segera.

Ditambah pula usaha pembinaan laluan Kereta Kabel yang akan mengakibatkan pemotongan pokok-pokok yang ada akan memberikan kesan kepada eko-sistem sampingan. Penduduk berdekatan Bukit Larut tidak diberikan peluang untuk memberikan pendapat termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan kepentingan bersama.

Bagi DPPN Pk, untuk mengelak perkara yang tidak diinggini berlaku usaha pembinaan Stesen Kereta Kabel ini perlu dihentikan buat sementara waktu selagi kajian menyeluruh dibentangkan kepada rakyat.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment