Tuesday, August 10, 2010

Tiga Mantan PJ terima penghargaan




AYER TAWAR: Tiga mantan Pesuruhjaya PAS Perak telah diberikan penghargaan oleh PAS Negeri Perak sebagai mengenangkan jasa mereka dalam memimpin PAS di negeri ini.

Tiga mantan Pesuruhjaya itu, Ustaz Azizan Desa, Ustaz Kamarudin Awang Basir dan Ustaz Ahmad awang.

Ketiga tiga tokoh itu menerima cenderahati penghargaan di majlis Konvensyen Negeri Perak yang diadakan di sini pada 6 Ogos lalu.

Bagi kategori anugerah Pemidato Terbaik (Muslimin) diberikan Ustaz Fairuz Hafiizh Orhman. , manakala Anugerah Pemimpin Harapan (Muslimin) telah diberikan kepada Mohd Hadri Abdul Majid . Kedua duanya dari PAS kawasan Tambun.

Sebelum ini Hadri juga adalah penerima Anugerah Salehuddin Al-Ayubi Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun pada tahun lepas.

PAS Perak juga pada konvensyen kali ini turut memberikan anugerah penghargaan kepada Tokoh Veteran PAS Perak yang disandang oleh Haji zainuddin Ibrahim dari PAS kawasan Beruas.


Manakala Anugerah Pemimpin Harapan (Muslimat) iaitu Nor Asiah Sabri. Beliau merupakan Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS kawasan Bagan Serai.

Bagi kategori Pemidato Harapan (Muslimat) diberikan kepada Norlia Mohd Darus,

Bagi kategeri PAs kawasan yang berjaya memperolehi pendaftaran ahli teramai di seluruh Perak pada tahun ini dimenangi oleh PAS kawasan Parit. Ustaz Hassan Joha selaku Yang Dipertua PAS kawasan Parit menerima penghargaan bagi pihak PAS kawasan.

No comments:

Post a Comment