Sunday, September 5, 2010

TINGKATKAN BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT


Oleh: Mohd hafez sabri

PARIT – Pesuruhjaya PAS Perak dalam penyampaian sumbangan kepada masyarakat setempat sebelum ini menyarankan agar ahli PAS di setiap peringkat supaya terus menerus memberikan kebajikan kepada rakyat.

Menurut beliau ruang lingkup kebajikan haruslah mencapah supaya dapat mencapai rakyat di pelbagai peringkat saperti yang dilakukan Rasulullah SAW,

Rasulullah SAW katanya, dapat mengubah arab jahiliyah disebabkan sifat sabar dan istiqamah dalam memberikan kebajikan kepada masyarakat.

“Kita harus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS adalah jamaah Islam yang mendekati masyarakat dan bersedia untuk menggantikan kerajaan korup yang ada kini,” ujarnya.

PAS sebagai jamaah Islam, harus memanfaatkan bulan Ramadhan untuk memperbanyakkan amal kebajikan kepada rakyat yang lebih utama berbanding amalan-amalan sunat.

Kebajikan tidak harus dipandang dari sudut tenaga dan wang ringgit semata-mata, malah kebajikan juga dapat dilakukan dengan menyampaikan ilmu dan informasi kepada rakyat. Mengenai manifesto pilihanraya ‘Negara Berkebajikan’, katanya.

"Hasrat PAS untuk memerintah supaya rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak tertekan," jelasnya

Negara Berkebajikan boleh membawa rakyat ke satu tahap perubahan jauh daripada penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya, berbanding kerajaan sekarang ini penuh dengan gejala yang merosakkan negara serta generasi pewaris, tegasnya.

No comments:

Post a Comment