Friday, September 24, 2010

BIDANG JURUSAN AGAMA DIANAKTIRIKAN?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bimbang dengan pendedahan Majlis Perundingan Melayu (MPM) jika usaha bagi membantu kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat bantuan biasiswa seperti yang dijanjikan.

Perkara ini jelas seperti menafikan hak rakyat untuk mendapat bantuan pendidikan terutama di dalam bidang jurusan Agama yang telah dianaktirikan.

DPPN Pk bimbang suasana yang berlaku ini suatu bebanan, kerana hak rakyat untuk mendapat pendidikan sepertimana yang dijamin dalam Perlembagaan Negara tidak mendapat perhatian serius daripada Kerajaan. Dalam konteks kerajaan negeri, terutama di Negeri Perak permasalahan bantuan pendidikan turut berlaku dan perkara ini amat membimbangkan.

DPPN Pk mendesak kerajaan negeri mencari penyelesaian bagi memastikan mahasiswa cemerlang yang lahir di Negeri Perak di bantu sepenuhnya.

DPPN Pk juga meminta agar desakan semua pihak supaya permasalahan yang berlaku diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri. Jika sebaliknya, DPPN Pk juga akan mengambil langkah yang sama seperti MPM untuk merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak memohon perkenan agar campurtangan di dalam perkara ini kerana pendidikan adalah agenda utama menjamin pembangunan Malaysia.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment