Monday, September 13, 2010

HANYA SANDIWARA UMNO


Harakahdaily
SEBERANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Umno yang cuba mengelak dari dikaitkan dengan isu PERKASA.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan Umno dan Barisan Nasional(BN)terjejas dengan tindakan pertubuhan yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali itu.

Menurut Anwar lagi, Umno dan BN sepatutnya menyedari sokongan yang semakin hilang terhadap mereka bukannya kerana pertubuhan tersebut semata-mata.

Sebaliknya tindakan kepimpinan Umno dan BN sendiri telah menghilangkan keyakinan rakyat khususnya terhadap kepimpinan mereka.

"Mereka tidak sedar apa yang telah mereka lakukan itu adalah faktor kepada kehilangan sokongan. ISA yang mereka laung-laungkan sebelum ini untuk dipinda terhenti setakat itu.

"Rasuah yang berterusan tanpa had menyebabkan rakyat semakin bosan dengan kerenah mereka. Yayasan Satu Malaysia yang mereka tubuhkan untuk manfaat rakyat seperti didakwa hanyalah untuk kroni. Pemberiannya juga tidak secara telus.Melayu yang mereka bela adalah Melayu kroni mereka. Bukannya Melayu yang miskin dan perlu diberi pembelaan."ujarnya lagi.

Dalam isu pemilihan bagi merebut jawatan dalam PKR, Anwar tidak memberi jawapan samada mahu menerima atau tidak sekiranya ada yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden.

"Apa yang perlu diberi tumpuan ialah pemilihan dalam parti.Biarkan pemilihan berjalan dengan baik dan lancar sebelum apa-apa keputusan diberikan.

"Biarkan ahli parti yang membuat keputusan secara bijak dan demokrasi sepenuhnya yang kita laksanakan dalam pemilihan parti kali ini. Mereka yang akan menentukan siapa pimpinan yang mampu untuk membawa reformasi dan menerajui parti."tegasnya lagi.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PKR Negeri P.Pinang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr.Mansor Othman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri yang lain

No comments:

Post a Comment