Monday, September 27, 2010

KERAJAAN BN TIDAK SERIUS


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal sikap lepas tangan kerajaan negeri berkaitan isu pencerobohan pembalakan haram yang telah didedahkan baru-baru ini dimana tiada tindakan serius diambil dengan sewajarnya. Dimaklumi bahawa terlalu banyak kes-kes seumpama ini telah berlaku dan ianya masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Ditambah dengan isu pencerobohan di kawasan Rizab Hidupan Liar Chior, Sungai Siput serta pembalakan haram di Hutan Belum-Temenggor yang telah dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini. Dan sebelum ini juga telah dilaporkan oleh media isu pembalakan haram di Sempadan Pahang – Perak dekat Simpang Pulai yang masih tidak dapat dikenalpasti pesalahnya.

Akibat daripada kegagalan menangani isu-isu tersebut mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti banjir lumpur, tanah runtuh dan sebagainya. Inilah punca utama perkara tersebut berlaku dan DPPN Pk meminta kerajaan negeri lebih serius dalam menanganinya daripada meletakkan kesalahan-kesalahan tersebut kepada agensi-agensi kerajaan yang lain. Jangan sampai Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah sekali lagi mencemar duli melihat permasalahan rakyat ini sekali lagi.

DPPN Pk berharap seluruh rakyat dapat melaporkan pencerobohan pembalakan haram atau seumpamanya kepada pihak-pihak yang berwajib. Tanggungjawab bersama ini perlu bagi mengekang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar di hadapkan di muka keadilan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment