Wednesday, May 12, 2010

Sokong Umno = sokong judi


Kepelbagai jenis judi di Malaysia dilengkapkan lagi dengan keputusan Kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Keputusan ini bagi saya merupakan satu tragedi malang bagi umat Islam di Malaysia bila bantahan demi bantahan semacam tidak diendahkan oleh Kerajaan BN. Selain itu saya beranggapan bahawa semua Bangsa di Malaysia terpaksa berdepan dengan sejenis judi yang akan mengundang kepada masalah sosial, rumahtangga dan sebagainya.

Akhbar harian Cina, Sin Chew, mengesahkan bahawa Menteri Kewangan yang juga PM 1Malaysia secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA semalam.

Kenapakah bantahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak semacam dipekakkan oleh pihak kerajaan. malah dimanakah peranan mufti yang ada di Malaysia. Adakah mereka tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan.

Sebaliknya kenapakah pihak mufti, apalagi Mufti yang sering lantang bersuara seperti Harussani tidak menasihati kerajaan bahawa tidak ada nas yang boleh mengharuskan judi apalagi untuk dihalalkan dengan pemberian lesen.

Kalau sebelum ini Mufti Perak sangah menampilkan wajahnya sebagai mufti UMNO dan menjadi kuda tunggangan UMNO , sekali ini saya suka untuk melihat apakah pendirian beliau dalam masalah judi ini.

Dengan kelulusan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sesungguhnya judi jelas diharamkan oleh Islam dan tidak boleh dikaitkan dengan budaya mana-mana bangsa. Ia jelas merosakkan malah saya menegaskan kalau berjudi dengan tujuan untuk menjadi kaya, seorang itu sudah silap perkiraan.

Sebenarnya toke judilah yang akan kaya raya dan tahi judi ada papa kedana, malah ada sampai yang sanggup bunuh diri dek kerana kalah judi. Paling sadis saya yakin judilah yang telah mengudang kepada pelbagai permasalahan dalam masyarakat negara kita.

Membenarkan kedai judi beroperasi dengan bebas dan meluluskan lagi lesen baru berarti menteri kewangan hanya mementingkan toke judi dan menafikan bahawa slogan rakyat yang didahulukan. Rakyat akan jadi porak peranda dengan judi yang merosakkan , walaupun sukan bolasepak itu sihat dan pasti menghiburkan.

Meluluskan lesen judi memberi kencenderungan yang lebih luas kepada tahi judi untuk terus berjudi dimusim bolasepak piala dunia nanti, dan memberi peluang yang lebih luas untuk berjudi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengannya.

Sedarlah umat Islam di Malaysia bahawa sokongan anda kepada BN dan UMNO adalah menyokong lesen judi yang telah dan baru diluluskan, dosanya tertanggung diatas bahu anda. kembalilah kepada Islam yang menganjurkan "amar maaruf nahyi mungkar" dengan menyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS yang sikapnya jelas dalam permasalah ini.

ADUN TITI SERONG/
SETIAUSAHA
Sekretariat pakatan Rakyat Perak

No comments:

Post a Comment