Thursday, May 6, 2010

Kerajaan BN Perak bazirkan wang rakyat


IPOH: Pendedahan yang dibuat oleh Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) berhubung laporan bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas oleh PAC baru-baru ini sepatutnya diambil perhatian dan tindakan oleh pihak terbabit.

Pendedahan tersebut membuka mata jabatan jabatan dan agensi kerajaan agar lebih berhati hati dalam membelanjakan wang rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam sidang medianya di sini semalam.

Pemuda PAS Perak amat menyokong penuh pendedahan tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata.

Pemuda PAS Perak tidak mengetahui apa motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang dibuat oleh Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir,katanya.

"Kita difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang dihadiri sendiri oleh Dato' Seri Zambry, ini bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang dihadiri oleh Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat sepertimana yang didedahkan," katanya.

Menurut beliau Dato' Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk krebiliti Zambry di dalam perkara tersebut.

Pemuda PAS Negeri menjangkakan bahawa Dato' Seri Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC kemungkinan akan ditukar.

'Kita bukan mahu mencampuri urusan BN tetapi jika Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Zambry dan media memahami sikap sebenarnya," katanya

No comments:

Post a Comment