Wednesday, May 26, 2010

SPRM alat Umno ?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan pendedahan Buliten Utama TV3 semalam yang menceritakan bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpan pemberi rasuah yang di lakukan oleh ‘egen provokateur’ bagi memerangkap pihak yang berusaha untuk memberikan rasuah.

Ini jelas membuktikan bahawa usaha tersebut mungkin pernah di lakukan kepada 2 orang bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang kini telah melompat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di Negeri Perak. Tidak mustahil SPRM telah mengumpan kedua-dua bekas Exco tersebut bagi tujuan memerangkap mereka.

Hujah tersebut di tambah dengan rakaman perbualan telefon yang dinyatakan sebagai bukti sokongan oleh SPRM (dahulu Badan Pencegah Rasuah). Usaha ini jelas mencabul hak asasi manusia kerana ianya adalah bertujuan ingin menjatuhkan seseorang. SPRM jelas dilihat ketika itu sebagai dalang bagi menjatuhkan kedua-dua bekas Exco terbabit. Islam juga tidak membenarkan pengikutnya dengan sengaja memerangkap atas dasar ingin menguji atau menganiayai mana-mana individu.

DPPN Pk amat kesal dengan usaha-usaha yang telah di lakukan oleh SPRM selama ini yang cuba memerangkap Ahli Politik terutama di kalangan pembangkang. DPPN Pk mendesak SPRM memperjelaskan tuduhan tersebut dan SPRM mesti tampil membersihkan tuduhan-tuduhan tersebut selama ini.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment