Thursday, May 27, 2010

Balak: Umno sudah bolot ?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ragu dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila mendedahkan berkaitan permohonan orang awam bagi mendapatkan kelulusan kawasan pembalakan dengan mengatakan supaya permohonan hendaklah dirujuk terus kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak sebagai menolak permohonan prosuder biasa yang sepatutnya berlaku.

Dengan kenyataan tersebut, jelas menggambarkan bahawa Umno / Barisan Nasional (BN) telah mendahului permohonan untuk mengambil kawasan-kawasan pembalakan yang ada. DPPN Pk mempertikai akan kenyataan tersebut yang mana jelas menafikan hak rakyat dan hanya mementingkan Umno / BN sahaja. Datuk Seri Zambry mesti jujur dengan kenyataannya bukan meletakkan bebanan tersebut kepada orang lain atau ingin cuci tangan.

DPPN Pk juga berharap Jabatan Perhutanan Perak memperjelaskan kaedah yang sepatutnya dilakukan dalam permohonan tersebut agar tiada kekeliruan terhadap rakyat yang berhak memohon. Ianya juga perlu bagi Umno / BN melalui proses-proses tersebut demi ketulusan untuk semua pihak yang ingin memohon. Jika sebaliknya, bermakna rakyat tidak didahulukan tetapi Umno / BN diutamakan.

DPPN Pk berharap penjelasan perlu dibuat bagi menafikan kenyataan Datuk Seri Zambry jika perkara tersebut tidak benar. Hak kawasan pembalakan adalah hak seluruh rakyat bagi yang layak memohonnya.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment