Wednesday, May 12, 2010

Zahid hina Zambry?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan pendedahan beberapa Umno Cawangan yang menghadiri perasmian serentak Umno Cawangan di seluruh Negeri Perak pada 8 Mei yang lalu oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno cukup menghina semua Ketua Cawangan Umno serta Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak berkaitan habuan wang ringgit kepada ketua-ketua cawangan yang disebut di dalam ucapannya.

Pertamanya, memang terbukti bahawa Umno hanya boleh terus hidup jika mereka mempunyai wang dan juga kuasa. Keduanya, inilah mentaliti kepimpinan tertinggi Umno yang hanya memperkatakan habuan di dalam memegang jawatan mereka. Ketiganya, satu penghinaan terhadap Datuk Seri Dr Zambry dan Umno Perak tanpa selindung lagi. Perkara ini membuktikan bahawa Umno Perak kini di dalam krisis yang besar terhadap kepimpinan mereka.

Walaupun seluruh rakyat sedar akan ketidakmampuan Datuk Seri Zambry memimpin pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini, tokoh seperti Datuk Seri Zahid sudah mula menunjukkan belangnya untuk kembali ke Negeri Perak semula. Walaupun krisis ini berada di dalam Umno sudah pasti seluruh rakyat Negeri Perak akan merasa tempiasnya dengan perebutan kuasa mereka. Krisis kepimpinan Umno di Negeri Perak bukan lagi rahsia kerana usaha untuk menjatuhkan antara mereka sudah jelas kelihatan sekarang ini.

Apa yang rakyat ingin tahu, adakah apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Zahid adalah benar-benar berlaku? DPPN Pk mendesak agar Datuk Seri Zambry membuat penafian segera terhadap isu ini dan DPPN Pk meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak membuat siasatan berkaitan perkara tersebut demi kepentingan wang rakyat.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment