Saturday, January 2, 2010

Alasannya Tetap Sama

Setiap kali kenaikan harga barangan termasuk kenaikan harga petrol mahupun yang terbaru kenaikan harga gula 20 sen sekilogram, khususnya menteri yang bertanggungjawab dengan kementerian tersebut menjelaskan  harga gula di negara ini masih rendah berbanding dengan negara lain walaupun kenaikan harga gula 20 sen sekilogram jelas membebankan pengguna. Tetapi pemimpin pemimpin Umno tetap menjaja alasanya sama. Apakah mereka sudah tidak punya alasan lain?

Paling menggelikan hati bila kenaikan harga gula itu perlu dilihat dalam aspek positif oleh pihak tertentu. Konnonnya dengan kenaikan harga gula itu rakyat diminta mengurangkan penggunaan gula dengan alasan untuk menjaga kesihatan supaya tidak terkena penyakit kencing manis.

Apakah  alasan alasan sebegini boleh rakyat terima atau sekadar mahu mencipta alasan yang meniyakan tindakan. Di zaman langit terbuka ini rakyat umumnya tidak mudah diperdaya dan ditipu oleh permainan dan sandiwara pemimpin pemimpin BN.

Rakyat kini sudah mengetahui permainan pemimpin pemimpin Umno/BN yang yang ke hulu dan ke hilir menjaga slogan 1 Malaysia, `Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanya retorik semata mata.

Kenaikan harga gula membukikan slogan 1 Malaysia cuma omong kosong, rakyat sebenarnya diketepikan dalam isu kenaikan gula. Pemimpin pemimpin BN boleh mencipta seribu alasan tentang kenaikan harga barang tetapi rakyat sudak muak dengan apa juga alasan yang diberikan.

Apapun dengan kenaikan harga gula pada awal tahun baru 2010 ianya satu hadiah istemewa dari Kerajaan BN untuk rakyat jelata.Tahniah BN kerana kenaikan harga gula kerana sebilangan rakyat negara ini masih `Samitna Waatakna' (kami dengat dan kami patuh)  kepada BN.

Kita lihat nanti pada pilihanraya umum ke 13  apakah rakyat negara ini masih `Samitna waatakna' kepada BN. Atau rakyat bangunan bertindak melalui peti peti undi seraya mereka berkata' Samitna waasaina (kami dengar tetapi kami engkar/kami lawan)   


1 comment:

  1. Salam sahabat

    Blog tuan ana dah link kan ke blog Lajnah Pengguna dan alam Sekitar PAS Perak. Admin

    ReplyDelete