Sunday, January 10, 2010
SERET INDIVIDU TERBABIT KE MUKA PENGADILAN
IPOH: Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Adun Titi Seriong, Khalil Idham Lim mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi tadi dan menyifatkannya sebagai tidak bertamadun serta bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang negara.
"Tidak ada mana-mana ajaran dalam Islam yang membenarkan penganutnya melakukan tindakan sedemikian kepada rumah Ibadah orang lain," tegasnya dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini.
Menurut beliau, tindakan pihak yang disifatkan oleh Ketua Polis Perak sebagai dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana organisasi itu adalah sesuatu yang dirasakan boleh menggangu kehormaian hidup rakyat di negeri ini..
Oleh kerana beliau meminta satu siasatan yang terperinci dan menyeluruh mestilah dilakukan dengan segera oleh pihak polis bagi membawa individu yang bertanggungjawab kemuka pengadilan dan dihukum sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
"Saya menyeru kepada ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta semua rakyat di negeri ini sentiasa berhati-hati dengan tindakan provokatif dan tindakan "menangguk diair keruh" dalam keadaan sekarang," ujar beliau.
Sehubungan dengan itu beliau menasihati ahli ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agar mengelakkan dan menjauhi dari menghadiri himpunan dan sebarang kegiatan yang boleh merenggang hubungan antara kaum , sebaliknya perbanyakkan kegiatan yang boleh merapatkan hubungan antara kaum tidak mengira agama dan bangsa.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Perak menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjamin keamanan dan ketenteraman yang sedia ada di negeri ini terus di kekalkan, sebarang anasir yang menganggu dan cuba menggagalkan hasrat itu adalah anasir yang mesti diambil tindakan dan dihukum dengan secepat mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment