Monday, January 25, 2010

SIAP SEDIA SEKARANG:


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI
IPOH: PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri tersebut bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula
ekoran desas-desus yang bertiup kencang berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu tersebut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda
yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya
pilihanraya berkenaan benar-baner berlaku.

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar
sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin. Ini kerana sekiranya DUN benar-benar dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang
layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
kerajaan" tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku d Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN ini demi menjamin
kestabilan politik dan pembangunan di negeri Perak Darul Ridzuan.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di negeri
Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi yang mapan" jelas beliau.

No comments:

Post a Comment