Wednesday, January 13, 2010

ZAMBRY TIRU NIZAR


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan usaha yang dilakukan oleh Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam menguruskan pentadbiran Kerajaan kudeta Negeri Perak dan menunjukkan perubahan yang berlainan dengan pentadbiran semasa pimpinan Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

"Semasa pimpinan Dato' Seri Nizar perkara ini telah menjadi agenda bagi menguruskan permasalahan orang asli dan kerajaan negeri ketika itu telah menumbuhkan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kehidupan Sosio Masyarakat Orang Asli yang telah di ketuai oleh Exco Kanan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air serta Hal Ehwal Bukan Islam, Dato' Ngen Koo Ham sebagai Pengerusi Jawatankuasanya".

Demikian dinyatakan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Nur Amin dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Pemuda PAS Negeri katanya, melihati Zambry kian tersepit dengan tindakannya bagi mengembalikan keyakinan rakyat Negeri Perak terhadap Umno/BN, rakyat tentu dapat menghidu pembohongan Zambry yang sebenarnya tidak mencetuskan sebarang perubahan kecuali mengiktiraf dan meniru cara pemerintahan dan kepimpinan Ir Nizar pastinya akan menolak kepimpinan Zambry di dalam pilihanraya yang akan datang.

Menurutnya , sebagai bukti yang rakyat boleh menilainya iaitu perbezaan selama 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat yang telah dapat mencari pelaburan sebanyak RM770 juta pada tahun 2008 berbanding kerajaan kudeta pada tahun 2009 hanya mendapat RM608.66 juta, disebabkan berlakunya rampasan kuasa pada awal Februari 2009 lalu mengakibatkan pelabur tidak berani untuk melabur kerana kerajaan negeri yang ada tidak kukuh.

Suasana sekarang ini rakyat dapat melihat ketidakmampuan pentadbiran kerajaan kudeta Zambry untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri Perak di samping keangkuhan beliau membelakangi mandat dan kepentingan rakyat hanya demi mempertahankan kuasa kudeta yang diperolehinya secara tidak demokratik.

No comments:

Post a Comment