Tuesday, January 19, 2010

KEZALIMAN BN AKAN DIBONGKAR



OLEH: Mohd Hafez sabri

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menegaskan Pakatan Rakyat Perak akan meningkatkan kualiti dan komitmen bekerja untuk rakyat bagi menyelamatkan rakyat dari terus ditipu oleh umno dan BN.

Menurut beliau Pakatan Rakyat di Perak akan memastikan rakyat mendapatkan maklumat yang benar supaya semua rakyat jelata mengetahui dengan jelas perjuangan rakyat yang didokong olehPakatan Rakyat.

Demikian ditegaskan Ustaz Abu Bakar Hussein dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

"Jika tidak kerana berlakunya rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO BN, InsyaAllah rakyat Perak akan hidup dengan aman di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat," jelasnya.

Beliau juga menegaskan Pakatan Rakyat Perak tidak sama sekali akan memberi peluang kepada umno BN untuk meracuni pemikiran rakyat jelata dengan pelbagai lakonan bagi menutup kezaliman UMNO BN merampas negeri Perak secara tidak sah.

Di samping itu beliau menyeru agar rakyat menilai dengan sebaiknya sepanjang Pakatan Rakyat memerintah lima negeri, Selangor Perak Pulau Pinang Kedah dan Kelantan yang ternyata berjaya mentadbir dengan semerlang, malah mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

"Adakah bangsa dan rakyat yg ditindas?, sedangkan selama 50 tahun BN memerintah hak rakyat sudah banyak tergadai akibat rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan UMNO BN.

Ustaz Abu Bakar mendakwa Umno sedang dalam proses memulihkan imej parti itu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.

"Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno, tetapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai ”. katanyanya

Sebagai contoh katanya, kos hidup rakyat yang semakin meningkat, rasuah yang berleluasa, kehilangan jet dan kes Menteri Besar Perak yang belum selesai,"ujarnya.

Sebenarnya UMNO BN sedang berada dalam ketakutan kerana Pakatan Rakyat semakin hampir mengambil alih pentadbiran Malaysia di Putrajaya, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memimpin rakyat Malaysia, UMNO BN bimbang segala kezaliman dan penipuan mereka terhadap rakyat akan dibongkarkan, jelasnya.

"Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk mengembalikan keharmornian dan kestabilan hidup rakyat Perak dengan berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat," tegasnya.

No comments:

Post a Comment