Tuesday, January 19, 2010

INGATKAN JADI, RUPANYA TAK JADI?


Kita ingatkan jadilah pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), rupanya tak  jadi. Kempunan pulak rakyat Perak lagi. 

Sebelum ini heboh desas desus DUN Perak akan dibubarkan dalam tempuh terdekat berdasarkan berdasarkan Pengerusi Suruhjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menghadap Paduka Seri Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Rupanya rupanya tak jadi.Tak bincang pun pasal pembubaran DUN. Bila lagi pula DUN hendak dibubarkan.

Akhbar Sinar Harian ini melaporkan Pengerusi SPR itu menafikan ura ura yang mengatakan beliau menghadap Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu  adalah untuk berbincang mengenai pembubaran DUN.

Menurutnya , tujuan menghadap Sultan Perak dilakukan sebagai tanda hormat SPR  dan tidak mempunyai agenda tertetu. Dalam pertemuan itu langsung tidak ada perbincangan mengenai pembubaran DUN Perak.  Begitulah kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd  Yusof.

Nampaknya Menteri Besar Perak yang `belum halal' tu  berkuasa lagilah.  Pakatan Rakyat `gigit jari' lagi, tetapi tidak bermakna kecewa. Gerak gempur bubar DUN kena berjalan terus. Persiapan menghadapi pilihanraya kena ada. 

Kali ini jangan bagi peluang BN berkuasa lagi di Perak. Cukuplah sampai di sini BN berkuasa lagi. Kita  mahu lihat Pakatan Rakyat melangkah  gagah menguasai semula negeri ini.

Bilalah DUN Perak hendak dibubarkan? 

 


No comments:

Post a Comment