Saturday, January 9, 2010

ANGKARA SIAPA INI ?


Angkara siapa ini? . Spontan terpacul kalimat dari mulut saya ' si gila' mana yang buat kerja membakar sebuah gereja dengan membalingkan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar. Yang buat kerja ini daripada `spesis' mana?. Orang yang buat kerja macam ini sudah tidak siuman ke? Orang yang buat angkara saperti ini memang tidak bertamadun atau separuh gila ke, tiga suku gila atau 100 peratus gila? . .

Dilaporkan juga dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya..Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.

Perbuatan itu sudah melampau, bercanggah dengan ajaran Islam sendiri. Islam tidak pernah mengajar penganutnya merosakkan dan membakar tempat ibadat penganut agama lain.

Kenyataan Presiden PAS , Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang tepat sekali yang menegaskan tindakan saperti itu bercanggah dengan Islam , hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri.

Ustaz Hadi meminta ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

Dalam suasana saperti ini rakyat negara ini khususnya bangsa Melayu dan beragama Islam jangan mudah terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak tertentu. Rakyat Malaysia pula perlu menjaga suasana harmoni di negara ini, bukannya mengwujudkan suasana tegang,

Pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi awang dan Lim Guan Eng, yang mengerluarkan kenyataan bersama mengenai isu tersebut melambangkan Pakatan Rakyat tidak suka kepada keganasan.

Ketiga tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang tiga gereja di sekitar Lembah Klang , serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

"Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini".

Kenyataan itu juga menyebut setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan.

"Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan."

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.

Hidup dalam negara yang berbilang kaum dan agama menuntut rakyat hidup aman dan harmoni. Islam sendiri tidak mengajar umatnya bermusuh dengan penganut agama lain, jauh sekali melakukan kerosakan terhadap tempat ibadat penganut agama lain.

Angkara jahat ini mesti disekat, mereka yang melakukannya wajar dihadapkan ke muka pengadilan demi menjaga keharmonian negara.. Pun begitu mana mana kumpulan dan indivudu yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan wajar hukum dengan setimpal

Pernah ditahun 1980-an dahulu berlaku kejadian merosakhan kuil di Johor tetapi berjaya ditangani oleh pihak berkuasa. Kita tidsk mahu kejadian sebegini berulang lagi. Kita tidak mahu nanti Islam pula disalahkan kerana penganutnya bertindak ganas. Barat sudah lama meletakkan penganut Islam itu sebagai pengganas. Kita tidak mahu emej itu kerana Islam itu datang untuk membawa `Rahmat' ke seluruh Alam ini.

Kita meminta pihak polis membuat penyiasatan yang rapi, heret mereka yang melakukan angkara itu ke mahkamah untuk diambil tindakan. Kita tidak mahu ada orang yang tidak bertamadun tinggal di negara ini. Negara ini hanya untuk orang yang bertamadun sahaja

No comments:

Post a Comment