Saturday, January 9, 2010

Kasihanilah DS Nizar, Biar Dia Berehat



Kasihanilah DS Nizar, biar dia berehat, jangan ganggu sangat kerana tekanan darahnya masih belum stabil, itu pinta Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki.


Orang ramai terutama para penyokong PAS tidak perlu risau terhadap tahap kesihatan dan keselamatan Haji Nizar, katanya.

Beliau diberitahu oleh Pembantu Khasnya, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi YB Haji Nizar. 

"Menziarahi untuk bertanya khabar adalah baik dan mulia, namun kita mesti memahami bahawa tekanan darah tinggi Haji Nizar masih belum stabil."

Sekiranya setiap hari Nizar diziarahi orang ramai dan bertanyakan insiden yang berlaku, sifatnya sentiasa melayani dengan mesra dan ceria terhadap soalan-soalan yang sama sahaja, menyebabkan para doktor turut menjadi risau, doktor memberi nasihat kepada orang ramai supaya memberi peluang Ir Nizar berehat sepenuhnya. 

"Tekanan darah tingginya belum cukup stabil bagi membolehkan beliau keluar dari wad, tulis Misbah dalam blognya.

Beliau meminta kepada orang ramai supaya mendoakan sahaja Nizar agar segera sembuh dan sihat tanpa perlu beramai-ramai berkunjung ke hospital. 

Dalam situasi ini tulis beliau, lebih baik berdoa atau solat hajat untuk kesejahteraan Haji Nizar, tenaga dan kepimpinannya sangat diperlukan kepada rakyat di Perak khususnya.

"Berilah peluang untuk keluarganya mendampingi di wad, kalau sebelum ini masanya banyak dihabiskan untuk rakyat dan perjuangan, bagilah peluang ahli keluarganya mendampingi dengan selesa dan tenteram".

Beliau yakin Insya Allah selepas Ir Nizar benar-benar sihat dan pulih seperti biasa, Nizar tetap bersama rakyat dan perjuangannya.

(Gambar ehsan dari Cikgu Din  sisibukit.blogspot.com)

1 comment:

  1. Salam JJ

    Tolong,link ana punya blog ini

    ayid-manjadda wajada blogspot.com. Blog JJ ada kat ana

    ReplyDelete