Wednesday, January 27, 2010
USAHA BUBAR DUN AKAN DITERUSKAN
IPOH: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari depan memihak kepada mereka.
Bekas Menteri Besar, Dato' seri seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berkata, beliau sendiri bakal menghadap Sultan Perak pada hari yang sama bagi menyatakan permohonan berkenaan.
Menurutnya, selaras dengan janji bagi menyerahkan semula mandat kepada rakyat semula mandat kepada rakyat bagi memilih Kerajaan Negeri yang baru dan sah dari segi undang undang.
"Keputusan mahkamah kali ini adalah berdasarkan kepada Undang Undang Tubuh Negeri Perak dan tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak".
"Kami (PR) juga yakin bahawa satu keputusan yang seadil adilnya bakal dilaksanakan demi menjamin hak rakyat diutamakan dan sistem demokrasi dipulihkan di negara ini,"
"Jesteru kami PR bakal mengotakan janji untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat bagi membuat pilihan agar satu kerajaan yang sah dan `halal' menerusi sistem demokrasi dapat dibentuk di negeri ini," dkatanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat PAS Negeri di sini semalam.
Hadir sama Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim, Yang Dipertua PAS kawasan Tambun, Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak(DPPN PK) Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His, Safarizal Saleh (Penolong Setiausaha), Muhammad Nur Amin (Timbalan Ketua) dan Salman Saleh (Naib Ketua).
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment