Wednesday, January 20, 2010

JOM YOB, JOM YONG , KITA SEMAK CEPAT



Jom Yob,  jom Yong kita pergi semak senarai daftar pengundi. Ada tak nama kita dalam daftar pengundi. Hari ini Suruhjaya Pilihanraya Negeri Perak mempamirkan senarai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat tinggal mengundi bagi mereka yang mendaftar dari 1 Oktober hingga 31 Desember tahun lalu.

Kita kena semak Yob, jangan nanti bila nak mengundi nama kita tak ada. Atau senarai nama kita ada di tempat lain. Kelam kabut kita nanti dibuatnya. Kalau nak bantah, bantah sekarang, nak semak, semak sekarang juga.  dah lepas tempuh bantahan, tak guna yob, dah lepas nanti gigit jari. 

Ini tangongjawab kita untuk menentukan pemimpin dan kerajaan yang akan menerajui negeri Perak . Jangan cuai yob,  kita yang rugi nanti. Penyokong penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang sudah muak dengan BN, kena cepat buat semakan. Pastikan nama kita ada dalam senarai daftar pemilih. Kita hendak turun BN dari mentadbir negara ini, gantikan dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Timbalan Pengarah Pilihanraya Negeri, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan, pameran itu dibuka mulai hari ini hingga 26 Januari ini, iaitu pada waktu pejabat. Mereka boleh buat semakan di Pejabat Pilihanraya Negeri, Pejabat Pos, Pejabat penghulu dan Pejabat daerah.

Semakan boleh juga dibuat di laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya di www.spr.gov.my atau menalipon ke talian 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.

Bagi mereka yang baru mendaftar pada 1 Oktober hingga 31 Desember lalu, kena pergi semak cepat, pastikan nama ada dalam senarai mengundi.  Kalau hendak bantah pun , bantah sekarang. dah lepas nanti tak guna yob,  Rugi kita.

Katakan berlaku DUN Perak dibubarkan  pada penghujung Februari nanti, pilihanraya bulan Mac,  macam mana?,  Kalau tak semak entahkan nama kita tak ada, rugi yob, rugi yong.

Katakan kita mengundi di DUN Lubuk Merbau , bila piliharaya bulan Mac nanti, yob mengundi di sana. Masa hari mengundi nama yob, nama yong tak ada, tak dapat mengundilah kita.

Ditakdirkan calon PAS atau Pakatan tewas kepada calon BN dengan majoriti satu undi sahaja, tak ke menyesalnya kita. yob  yong yang salah kerana calon Pakatan Rakyat tewas.

Apa tunggu lagi yob,  apa tunggu lagi yong,  jom cepat semak senarai pengundi.

Jentera pilihanraya PAS, DAP PKR kena buat kerja juga, pastikan penyokong kita boleh mengundi, ada namanya dalam senarai mengundi. Kalau tidak penat berkempen, penyokong penyokong PR tidak ada nama dalam senarai pengundi. Letih kita yob,  letih ke yong.yong

Cepat, cepat kita pergi semak. Jangan tak semak.

No comments:

Post a Comment