IPOH: Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Khalil Idham Lim menafikan khabar angin yang bertiup kencang di negeri ini kononnnya pihak Mahkamah Rayuan telah mengumumkan siapa Menteri Besar Negeri Perak yang sah.
Beliau mengerluarkan kenyataan ini sebagai reaksi isu yang disibarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Namun begitu katanya, pendengaran kes dihadapan lima hakim pada 5 November lalu telahpun lengkap dan selesai bagi peguam dipihak Menteri Besar Pakatan Rakyat dan Menteri Besar Kudeta Perak.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa Dato Seri. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan, oleh itu khabar angin siapakah `pemenangnya' tidak berbangkit.
Walaupun begitu Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana sehingga kini telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan.
"Tidak munasabah masa yang lama yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang sah menguatkan lagi jangkaan itu," jelasnya.
Tetapi sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah perlu mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan jelasnya lagi.
"Ini Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Nizar," katanya
Oleh itu beliau menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua peringkat parti PAS, DAP dan PKR serta Gabungan Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.
Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding memperolehi kemenangan adalah keutamaan yang mesti didahulukan, seterusnya merealisasikan hasrat parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di negeri ini.
No comments:
Post a Comment