Monday, January 11, 2010

APA NAK JADI !


"Apa nak jadi ! . Apa nak jadi !.
Individu tak bertamadun mengamuk' lagi.
Gelagat gilanya kian menjadi jadi.
Bakar gereja di sana sini.
Tak ingat dosa, tak ingat akhirat
bermaharajalela' langgar undang undang negara"'

Itulah puisi pendek aku buat sidurjana yang melakukan angkara jahat membakar gereja. Aku ingat kejadian membakar gereja berlaku di Wilayah Persekutuan saja. Sekarang merebak ke negeri aku, Perak Darul Ridzuan, negeri kesayangan ku.'

Ini tak boleh jadi. Kalau dibiarkan menjadi jadi. Pihak polis kena bertindak cepat. Polis Malaysia antara polis yang cekap di dunia. Indivudu yang melakukan angkara jahat `sudah beraja di mata bersultan dihati' , bermaharajalela ikut kehendak nafsu amarah.

Datuk Maharajelela berjuang menghalau penjajah Inggeris. Tapi individu ini `bermaharajalela' melakukan perbuatan khianat dan angkara jahat, apakah mereka tidak ingat hari akhirat?

Dilaporkan dua insiden cubaan membakar berlaku membabitkan gereja All Saints dan sebuah sekolah di Taipng selepas dilempar dengan bom api. Menurut Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent, katanya.

Katanya siasaatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana organisasi.

Selain memberi perhatian serius dan meningkatkan pemantauan ke atas rumah rumah ibadat di negeri ini bagi memastikan keadaan terkawal dan menasihatkan orang ramai agar tidak panik, pihak polis juga wajar membuat penyiasatan rapi dan cepat, sesuai dengan motto polis, `Cepat dan Tepat'.

Kita tidak mahu individu tertentu bertindak sesuka hati macam negeri ini `bapak dia yang punya'. Seret yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin , biar ianya jadi pengajartan kepada seluruh rakyat negara ini..

Disamping itu semua pihak tanpa mengirang bangsa dan agama  diharap tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu ketenteraman awam, perbuatan ini mesti ditentang oleh semua bangsa dan semua agama kerana ianya satu perbuatan yang tidak bertamadun dan melanggar tatasusila masyarakat yang cintakan keamamanan dan keharmonian.

Tidak ada mana-mana ajaran dalam Islam yang membenarkan penganutnya melakukan tindakan sedemikian kepada rumah ibadah orang lain.

Seperti kata YB Khalil Idham Lim, tindakan pihak yang disifatkan oleh Ketua Polis Perak sebagai dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana organisasi itu adalah sesuatu yang dirasakan boleh menggangu kehormaian hidup rakyat di negeri ini..

Kerana itu satu siasatan yang terperinci dan menyeluruh mestilah dilakukan dengan segera oleh pihak polis bagi membawa individu yang bertanggungjawab kemuka pengadilan dan dihukum sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

"Saya pinta ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta semua rakyat di negeri ini sentiasa berhati-hati dengan tindakan provokatif dan tindakan "menangguk diair keruh" dalam keadaan sekarang," kata YB Khalil selaku Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak dalam kenyataan medianya semalam.

Dalam suasana begini semua pihak terutama ahli ahli dan penyokong penyokong PAS serta penyokong Pakatan Rakyat perlu mengelakkan dan menjauhi dari menghadiri himpunan dan sebarang kegiatan yang boleh merenggang hubungan antara kaum , kita tidak mahu suasana bertambah tegang dan runcing.

Semua pihak perlu melakukan apa jua program atau kegiatan yang boleh merapatkan hubungan antara kaum tidak mengira agama dan bangsa di negara ini agar keharmonian dan keamanan negara dirasai bersama.

Apa nak jadi. Apa nak jadi masyarakat kini kini.

No comments:

Post a Comment