Monday, January 4, 2010

Siapa Wajar Disalahkan?


ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa tidak ada hakim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang mendengar kes akhbar minggu Herald - the Catholic Weeky yang didengar di Mahkamah Tinggi kuala lumpur yang telah membuat keputusan yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya 

"Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah hakim bukan Islam,  Lau Bee Lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini, tulisnya dalam blog Cina Islam.

"Tidak adakah lagi hakim berbangsa Melayu dan beragama islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut, sedangkan kesannya cukup besar kepada agama Islam". 

"Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya saya melihat sesuatu yang tidak kena sama sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita",

Baginya rantaian penghakiman yang menyebabkan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara yang semakin tidak dihormati adalah sesutu yang tidak boleh dinafikan lagi, tambahan pula dalam kes perkataan Allah ini telah menambah banyakkan koleksi tersebut.


Kesan yang besar akan berlaku dalam sistem beragama di negara kita hasil dari keputusan tersebut ialah anggapan masyarakat pada satu masa nanti di mana semua agama akan dikatakan sama sahaja, katanya

"Realiti tersebut telah berlaku di negara Indonesia dan apakah kita sanggup berdepan dengan keadaan itu dalam keadaan sistem beragama di Malaysia yang saya kira sudah cukup baik apabila semua pihak sudah menerima pakai perkataan Allah itu adalah milik agama islam".

Menurut beliau lagi semacam ada pengaruh pihak tertentu dan pihak luar yang cuba memporak perandakan sistem beragama di Malaysia yang sekian lama digunapakai, persoalannya siapakah yang ingin dipersalahkan, adakah hakim yang bukan Islam yang memutuskan perkara tersebut atau pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dan patut dipersalahkan.

Pada pandangan beliau kemusnahan dan kehancuran Islam di Malaysia adalah lahir dari sikap pemimpin negara sendiri yang lemah pengamalan Islamnya, agenda Islam cuma bermain dibibir namun jauh sekali dalam perlaksanaan kehidupan seharian.

Pada hakikatnya tulis beliau lagi usaha pengamalam Islam yang lebih syumul sentiasa disekat dan dilemahkan di negara kita, Islam yang lebih liberal dan bercelaru sentiasa didokong oleh kerajaan.

"Malah pada satu masa Perdana Menteri Malaysia sendiri memperkenalkan Islam bentuk baru iaitu Islam Hadhari, ini jelas UMNOlah yang salah dalam persoalan ini". 

No comments:

Post a Comment