Wednesday, April 7, 2010

Pemuda Umno Perak penakut

IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang menyifatkan Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak sebagai tidak gentleman ketika menghantar memorandum kepada Seri Paduka Sultan Perak supaya darjah kebesaran ditarik balik terhadap Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Ham sebagai taktik politik murahan adalah amat tepat.

Pemuda PAS Negeri merasakan Pemuda Umno Perak sebagai penakut dan juga tidak matang di dalam memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali dalam kenyataan medianya di sini semalam.

"Kita yakin bahawa rakyat sudah pasti melihat Umno yang terlalu zalim kepada seluruh rakyat yang tidak menyokongnya, ini juga sebagai bukti bahawa Umno akan meneruskan lagi kezalimannya selagi berkuasa tidak kira siapa musuh mereka," kata beliau.

Pemuda PAS Negeri Perak sekali lagi mengulangi cabaran kepada Pemuda Umno Perak untuk berdebat apa sahaja isu yang selama ini melanda Negeri Perak.

"Pemuda Umno Perak mesti berani menerima cabaran ini jika Umno jujur inginkan kestabilan Negeri Perak ini pulih semula," jelasnya.

Sekiranya Pemuda Umno Perak menolak cabaran ini, memang benarlah bahawa mereka hanya berani di dalam tetapi takut berdepan dengan kuasa rakyat, tegasnya.

"Kita yakin rakyat akan menghukum mereka di dalam Pilihan Raya Umum ke – 13 nanti," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment