Thursday, April 8, 2010

Umno peralatkan institusi Raja?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berikrar akan terus mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sepertimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang sekarang ini dilihat cuba mengheret Raja-Raja Melayu agar bertindak mengikut hasrat dan juga telunjuk badan politik tertentu terutama di Negeri Perak ini.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya Umno yang selama ini cuba memperalatkan Institusi Raja-Raja Melayu harus disedarkan daripada sekarang agar arahan dan tindakan mereka yang cuba memainkan peranan songsang ini perlu ditentang habis-habisan.

Pemuda PAS Negeri memberikan peringatan kepada pegawai-pegawai Istana supaya tidak menjalankan jarum-jarum jahat dan agenda Umno di dalam Istana.

"Sudahlah Umno selama ini memperalatkan Institusi Perkhidmatan Awam dan pegawai-pegawai kerajaan agar mengikut selera mereka semata-mata tanpa memperdulikan amanah sebenar mereka kepada rakyat jelata, mana mungkin Umno tidak akan membiarkan semua jentera kerajaan menjadi sebahagian daripada mereka agar agenda Umno akan terus dipastikan berjalan lancar mengikut skrip mereka," katanya.

Pemuda PAS Perak yakin Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat jelata selama ini, tidak mungkin mudah dan dibenarkan diperalatkan oleh pihak-pihak yang menjadi ejen Umno bagi memastikan agenda Umno terlaksana.

Rakyat jelata akan menghormati Institusi Raja-Raja Melayu selagi dilihat tidak berpihak dan jugak adil kepada seluruhnya tanpa mengira fahaman politik, katanya.

No comments:

Post a Comment