Tuesday, April 6, 2010

BAIDURI salahguna wang rakyat?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta Polis menyiasat Badan Amal dan Usaha Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional negeri Perak (BAIDURI) kerana masih menggunakan nama lamanya iaitu Badan Amal Dan Usaha Isteri-isteri Wakil rakyat negeri Perak (BAIDURI) sedangkan mereka telah meminda dengan menukar nama barunya daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak yang telah diluluskan tahun 2008lagi.

Demikian dinyatakan Naib Ketua dewan Pemuda PAS Perak dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya, Pemuda PAS Perak merasakan BAIDURI yang boleh disifatkan sebagai badan politik tidak boleh menerima sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri mengikut etikanya.

"BAIDURI jelas telah menipu semua agensi Kerajaan Negeri yang telah menyalurkan sumbangan kepadanya, ini jelas telah menyalahgunakan kewangan rakyat dan kerajaan," katanya.

Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memperjelaskan berkaitan perkara ini kerana Pemuda PAS Negeri telah membuat aduan pada 27 Jun 2008 lagi, jelasnya.

Sehubungan itu Pemuda PAS Negeri meminta supaya pihak pihak dan juga SPRM telus di dalam memastikan sumber kewangan rakyat dan kerajaan tidak disalahgunakan.

Rakyat sudah tentu mempertikaikan BAIDURI yang jelas menggunakan nama sebuah parti politik mendapat kewangan rakyat dan kerajaan dan ini tidak sepatutnya berlaku, tegasnya.

No comments:

Post a Comment