Wednesday, April 14, 2010

Umno macam lanun rompak masjid


Umno macam lanun rompak masjid masjid di seluruh negei Perak dengan melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) tanpa mengikut peraturan dan tatracara yang betul.

Ternyata Umno terus dengan sikapnya, dulu, kini dan selama lamanya bersikap keras kepala dan mengikut sesuka hati sahaja untuk mengekalkan kuasanya.

Perlantikan PPMD yang selama ini mengikut peraturan telah disepak teranjang oleh Umno demi kuasa. Ternyata kini siapa sebenarnya yang mempolitikkan masjid, Umno yang mempolitikkan masjid bukannya PAS.

Dalam sidang media di sini tengah hari tadi, Persuruhjaua PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein,menegaskan PAS Perak membantah keras Kerajaan BN melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak tanpa mengikut peraturan dan tatacara perlantikan yang betul.

PAS membantah dan mempersoalkan perlantikan tersebut berdasarkan perkara-perkara tersebut, pertamanya mengapa surat perlantikan PPMD ditandatangani oleh CEO Majlis Agama Islam Perak(MAIAMPk) ? Sedangkan PPMD adalah jawatan yang dibiayai peruntukannya oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) .

Manakala perlantikannya diperingkat negeri adalah di bawah urusetia Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM) di tempat di situ. Penempatannya pula di di Pejabat-pejabat Agama Daerah bukan di MAIAMPk atau Baitul Mal Daerah, pemantauan atau penyelian tugas di bawah pentadbiran Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala elaun atau gaji mereka terus daripada JAKIM (tidak melalui MAIAMPk).

Keduanya lazimnya proses perlantikan PPMD adalah melalui Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan Orang Besar Jajahan (OBJ) bagai daerah berkenaan. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid untuk proses pemilihan melalui temuduga oleh pihak JAKIM dan JAIP.

Malangnya prosedur ini tidak dipatuhi, campurtangam politik UMNO BNlah yang menentukan proses perlantikan ini, sebahagiannya pula dicalonkan tanpa pengetahuan awal mereka hinggalah diberi tahu tentang perlantikan itu dan diarahkan untuk menerima Surat Perlantikan di Majlis Menghafaz Al Quran Negeri Perak dan Pentauliahan Imam-Imam Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada 5.4.2010.

Menurut beliau dengan ini jelas kerajaan BN menafikan hak pemohon-pemohon yang berminat melalui prosedur yang telah disarankan Mesyuarat MAJLIS dengan syarat kelulusan yang munasabah melalui saluran OBJ dan JAIPk. Mereka yang mempunyai kelayakan tidak dipanggil temuduga.

PAS Perak katanya, menyedari bahawa adalah elemen dan unsur-unsur menpergunakan nama Tuanku bagi melantik hanya orang-orang UMNO sahaja yang layak memegang jawatan tersebut tanpa melalui proses temuduga.

"Kita mempersoalkan mengapa Timbalan Pengarah JAIP yang mengeluar dan menandatangani surat sembah maklum kepada Tuanku, di mana Pengarah JAIP?," katanya

Sehubungan dengan itu, PAS Perak membantah sekeras-kerasnya tatacara perlantikan PPMD yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini.

"PAS Perak menuntut Surat Perlantikan ditarik balek dan dibuka permohonan sekali lagi bagi membolehkan perlantikan dibuat semula melalui proses temuduga," tegasnya.

1 comment:

  1. Buat laporan polis,UMNO mencemar kuasa Sultan sebagai Ketua Agama>

    ReplyDelete