Thursday, April 1, 2010

BN masih truma kesan penolakan rakyat


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan bahawa perjalanan sidang DUN Perak yang berjalan semalam sedikit sebanyak menunjukkan BN masih lagi dibelenggu trauma penolakan rakyat terhadap mereka.

Ini kerana sebelum sidang DUN bermula, soalan-soalan ADUN PR ditolak oleh speaker Haram, dengan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Bahkan, Sidang DUN kali ini dipenuhi polis, dengan layanan yang tidak adil kepada ADUN PR menunjukkan BN memang takutkan bayang-bayang sendiri.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Menurut beliau pemeriksaan keselamatan yang melampau oleh pihak polis, cuba menanamkan rasa takut dan bimbang kepada ADUN-ADUN PR yang hadir ke sidang DUN tersebut adalah satu tindakan yang tidak profesional
dalam sebuah negara demokrasi.

Pihak media juga katanya, tidak dibenarkan masuk ke dalam sidang DUN, ini tidak pernah berlaku di zaman Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, malah Pakatan Rakyat memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pihak media.

"Persidangan ini hampir-hampir menjadi persidangan pihak polis, apabila jumlah polis yang ada di dalam dewan terlalu ramai. dan ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk ke dewan dengan pintu yang dipilih
mereka, atas alasan pintu berkenaan ialah pintu BN, ini sunggug tidak logik," katanya..

Menurutnya lagi, semua adegan ini sebenarnya adalah manifestasi ketakutan BN terhadap kekuatan dan solidariti Pakatan Rakyat yang tidak goyah walaupun ditekan dari semua sudut.

Sehubungan itu beliau menyatakan semua ADUN Pakatan Rakyat tetap komited terhadap amanah rakyat, walaupun diancam dan dilayan dengan tidak sewajarnya oleh pihak BN. ADUN PR tetap hadir dan memberikan kerjasama yang baik
ketika dalam sidang DUN.

Beliau berharap agar sidang DUN yang akan diteruskan ini akan terus menyaksikan komitmen ADUN-ADUN PR yang diketuai Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin, yang merupakan kerajaan pilihan rakyat.

No comments:

Post a Comment