Thursday, April 8, 2010

Umno lacurkan institusi masjid


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal kerana agenda Umno untuk berusaha menguasai Institusi Masjid telah berjalan mengikut kehendak mereka setelah tauliah Pegawai Masjid Daerah yang telah diberikan semasa majlis penyampaian hadiah Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak kali ke-31 Hilir Perak di Arena Square Teluk Intan baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Pemuda PAS Perak katanya, telah diberikan maklumat bahawa semua mereka yang dilantik tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan juga tanpa ditemuduga.

Pemuda PAS Negeri Perak melihat agen Umno yang menjadi pegawai kerajaan telah berusaha menjayakan agenda Umno tersebut, perkara ini jelas selama ini mereka yang dilantik perlu melalui perkara-perkara yang telah ditetapkan.

"Kita merasakan Pegawai Masjid Daerah yang telah dilantik adalah agen Umno bagi memastikan semua Institusi Masjid mengikut telunjuk Umno," jelasnya.

Perkara ini dapat dilihat pada malam tersebut iaitu di majlis forum yang akan berlangsung di Masjid Toh Paduka, Kampung Masjid, Ijok, Selama yang dihadiri oleh Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai panelis.

Menurutnya Umno jelas telah sekali lagi menggunakan Masjid untuk berpolitik dan dengan kehadiran Zambry sebagai panel forum tersebut amat jelas sekali bertentangan dengan nasihat oleh DTYM Raja Muda Perak agar orang politik tidak berpolitik di masjid.

"Kita kesal dengan tindakan biadap Umno yang mengheret Institusi Masjid bersama agenda mereka," ujar beliau.

Beliau yakin rakyat akan menghukum ketidak adilan Umno selama ini dan sekarang telah terbukti sekali lagi Umno akan memecahbelahkan perpaduan rakyat kini.

No comments:

Post a Comment