Sunday, April 25, 2010

BN akan tewas di Hulu Selangor?


Tempoh berkempen yang telah tamat pada jam 12 malam tadi menyaksikan suasana kempen paling buruk dalam perkiraan saya sebelum dari ini. bayangkan sebagaimana kita maklum Barisan Nasional sejak awal menggunakan serangan peribadi kepada calon Pakatan Rakyat sejak calon kita ZAid Ibrahim di umumkan.

Tindakan yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai tindakan orang bodoh itu adalah gambaran yang membuktikan BN sudah sangat terdesak dan bimbang dengan gelombang Isu yang dibentangkan oleh penceramah Pakatan Rakyat.

Seperti yang dijangkakan BN telah semaksima mungkin untuk membelanjakan wang dari kocek wang rakyat untuk dijadikan umpan untuk menarik undi di Hulu Selangor. Satu tindakan yang biasa berlaku setiap kali PRK.

Dalam keadaan semua badan adan agensi kerajaan diarahkan berbelanja dengan berhemat , saya tidak pasti dari manakah wang yang turun ke Hulu Selangor.

Selain itu jani-janji manis yang BN taburkan tidak kurang rancaknya. Mee segera yang disifatkan membazir oleh pemimpin UMNO sebelum ini sudah dilupakan malah datang dengan lebih banyak jenama dan perasa.

Terkahir BN memancing undi untuk pengundi di Felda Sungai Buaya dengan Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan RM 1000 yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta kononnya akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak. Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya RM 49,000 dalam bentuk bank draf.

Tidak kurang janji BN dengan lebuhraya bertingkat .Pembinaan projek pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menelan belanja kira-kira RM85 juta, didakwa oleh Menteri Kerja Raya sebagai projek lazim bagi kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

Itulah antara kempen-kempen pembangunan yang BN tawarkan kepada rakyat. Namun kerana BN tidak yakin dengan penerimaan rakyat dengan politik lama itu, kerana itulah isu peribadi Zaid terus menerus dimainkan oleh BN .

Apapun pengundi di Huliu Selangor saya kira sangat arif dan matang dalam perkara ini. Kempen Pakatan Rakyat telah mampu melonjakkan jumlah undi sehingga saya jangkakan dapat memenangkan calon pakatan Rakyat.

Rakyat Hulu Selanmgor sudah sangat insaf dan sedar dengan pembohongan dan dosa BN dan UMNO. Tambahan pula calon BN Kamalanathan tidak mampu menampilkan Imej sebenar sebagai tokoh yang mampu membela rakyat Hulu Selangor.

Kelmarin Zentrum Future Studies Malaysia memberikan 78 peratus undi Cina memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Hasilnya, badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah ini menjangkakan PKR akan menang dalam pilihan raya ini dengan mendapat 51.7 peratus dan BN 48.3 peratus. Ini keputusan pada dua hari sebelum mengundi iaitu pada 23 April.

Sebelum itu, Zentrun memberikan kemenangan kepada BN antara 63 hingga 54 peratus sehingga pada 23 April kajian Zentrun menunjukkan PKR akan menang.

Kempen malam tadi diakiri dengan kehadiran dan doa dari Tok Guru Nik Aziz, dua hari suntuk beliau berada di sini untuki membantu calon Pakatan Rakyat. Kesan dan lonjakan undi dengan kehadiran ini tidak dapat dinafikankan dan mungkin boleh mencapai jumlah 5 pratus hingga 10 pratus.

Kalau benar kajian dan jangkaan saya diatas, InsyaAlah Calon pakatan Rakyat kan ditabalkan sebagai Wakil Rakyat baru sebelum lewat malam ini.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG

No comments:

Post a Comment