Sunday, April 4, 2010

Betapa bodohnya Umno


Baru baru ini Pergerakan Pemuda UMNO Perak telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini, dan memohon perkenan Baginda agar menarik balik segala gelaran serta pingat yang telah dianugerahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, serta mana-mana ADUN pakatan pembangkang yang lain.

Ketuanya, Maslin Sham Razman berkata, memorandum berkenaan adalah susulan tingkah laku ADUN terbabit yang didakwa tidak menghormati Institusi Diraja dan aturan Dewan Negeri pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, baru-baru ini.

“Mereka dengan sewenang-wenangnya telah membuat poster, mengejek ADUN Barisan Nasional (BN) selain mengajak rakyat Perak agar membenci institusi Diraja apabila tidak menghormati keputusan pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sebelum ini ADUN Sha'rani Mohamad semasa sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 30 hingga 31 Mac lalu turut mendesak agar darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Paduka Seri Sultan Perak kepada Sato' Seri Mohamad Nizar Mohamd dan Dato' Nge Kor Ham ditarik balik.

Umno memang tidak ada kerja lain, meminta darjah kebesaran yang diberikan Sultan Perak ditarik balik. Umno Perak ingat darjah kebesaran itu `bapak dia punga', ingatlah pemimpim Umno dan budak Umno. pemberian pingat itu hak Sultan Perak. bukanya hak `kepala bapak kamu punya'

Lantaran keceluran mulut Adun Rungkup itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meminta Umno supaya tidak mencampuri dan mempertikaikan darjah kebesaran yang telah Seri Paduka Sultan Perak kurniakan.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini kerana ianya akan mengesahkan persepsi rakyat selama ini bahawa Umno telah menggunakan istana untuk kepentingan mereka.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup, Datuk Sha’arani Mohamad mengulangi desakan di luar Dun agar darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Ham ditarik semula.

“Pemuda PAS Perak sangsi dengan tindakan terdesak Umno yang akan cuba dengan segala keadaan untuk menyekat pengaruh Datuk Seri Nizar yang terus berkembang di Negeri Perak ini dan masih diserang dalam pelbagai keadaan,” ujarnya.

Tidak lama dulu `raja' Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, supaya gelaran Dato' seri kepada Mohammad Nizar Jamaludin, Bekas Menteri Besar Perak ditarik balik kononnya Nizar menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah atas keputusan Mahkamah Persekutuan .

Pemimpin pemimpin Umno serta pemimpin NGO yang sehati sejiwa dengan Umno termasuk budah mentah Pemuda Umno Perak ini tidak faham ke hak multak Sultan Perak untuk memberikan anugerah kepada kepada sesiapa yang difikirkan layak? Kenapa mereka sibok sangat campurtangan hak Sultan Perak, atau mereka ingin menunjukkan Umno lebih berkuasa.

Hak Tuanku Sultan dan institusi raja berpelembagaan sudah termaktub dengan jelas, penganugerahan sebarang gelaran adalah di bawah kuasa seseorang Sultan atau Yang Dipertuan Agong.

Apakah pemimpon pemimpin Umno dan Pemuda Umno Perak ini tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu bahawa anugerah kurniaan pingat adalah hak multak Sultan? , kenapa mereka ``gatal mulut' seolah olah mencabar Tuanku Sultan.

Kita tidak tahu atas agenda apa pemimpin pemimpin Umno berkata demikian, adakah atas kepentingan politik untuk menunjukkan dia seorang penyayang kepada Institusi Kesultanan Perak. Atau ada kepentingan lain, hendak dapat gelatan Tan Sri ke atau ada `udang sebalik batu'.

Atas kepentingan dan agenda apakah pemimpin mengutarakan isu ini, adakah mereka mencabar Tuanku Sultan atau pun ada agenda tertentu untuk kepentingan diri sendiri mahupun pihak tertentu.

Mungkinkah ADUN ADUN Umno dan Pemuda Umno Perak dan kunco kunconya sakit hati kerana gelaran itu masih ada pada NIzar yang selama ini puak puak itulah yang melebelkan Nizar sebagai penderhaka .

Mereka mahu jika anugerah itu ditarik balik balik ianya akan dijadi modal politik puak puak ini memang benarlah Nizar penderhaka kerana Tuanku Sultan telah menarik balik gelaran itu, itu sebenar motif puak puak ini.

Selagi anugerah itu masih ada pada Nizar, hujah mereka tidak cukup kuat untuk melebelkan Nizar sebagai penderhaka kerana gelaran Dato' Seri masih ada pada Nizar. Bila gelaran ini sudah ditarik balik oleh Sultan, barulah puak puak ketuanan Melayu rasa puas hati, mereka yang ke hulu ke hilir menjaja isu ini bahawa memang benarlah Nizar penderhaka sebab gelaran itu sudah ditarik balik.

Lagi pun Pemuda Omno tahu ke apa yang sebenarnya terjadi pada sidang DUN baru baru ini? Persidangan Dewan Negeri Perak cuma dua hari sahaja juga menggambarkan sidang DUN kali ini turut juga tidak menghormati Tuanku Raja Muda Perak yang bertitah cukup bernas, penuh dan sarat dengan saranan yang cukup baik.

Sidang dewan ditangguhkan dengan tidak ada perbahasan menyeluruh titah Tuanku yang diambil bahagian oleh semua Adun. Tindakan ini memberi gambaran seolah-olah titah Tuanku tidak dihargai dan dihormati, apabila Tuanku menyarankan banyak perkara dalam titahnya sudah tentu ia perlu dibahaskan secara positif oleh semua pihak.

Ganesan pula ternyata tidak memahami Aturan Mesyuarat sidang Dewan Negeri. Selain tidak mengindahkan Peraturan Tetap yang memberi kebenaran 'point of order' oleh YB Pantai Remis, Nga Kor Ming, dibaca dan dihujahkan, beliau telah membelakangi aturan biasa mesyuarat.

Selepas sesi soaL jawab lisan berakhir, sepatutnya agenda yang diutamakan ialah Perbahasan Ucapan Junjung Kasih Titah Ucapan Tuanku, sebaliknya Ganesan teruskan agenda untuk pembentangan Rang Undang-undang dan Enakmen.

Adun-adun PR membantah sekeras-kerasnya kerana ia sama sekali bercanggah dengan aturan mesyuarat sebagaimana yang terkandung dalam Perintah Tetap 13 (1).

Ganesan dengan bodoh dan sombong menolak teguran tersebut yang dikemukakan oleh para Adun PR. Ganesan digesa ikut peraturan, kesombongan dan kebodohan mengatasi segala-galanya.

Adun PR mengambil tindakan keluar dewan apabila berlaku perlanggaran aturan mesyuarat. Sudahlah pembesar suara dimatikan sewaktu Adun PR berucap, aturan mesyuarat yang begitu asas sekalipun tidak dipatuhi.

Apa yang dikesalkan, selepas Adun PR keluar beramai-ramai sebagai bantahan dan protes terhadap pencabulan dan pelanggaran ini, barulah kedengaran suara dari luar dewan yang Menteri Besar membetulkan kesilapan tersebut lalu mengusulkan supaya perbahasan titah ucapan didahulukan sebelum pembentangan Rang-rang undang.

Nampaknya sangat Ganesan sebagai speaker dan juga Adun-adun BN. Ganesan berlagak lebih tahu dan pandai, akhirnya ternyata beliau melakukan kesilapan besar.

Ini adalah satu penghinaan dan biadabnya Ganesan sebagai Speaker haram. Sepatutnya beliau memohon maaf dalam dewan, bukan memohon maaf pada anggota dewan tetapi kepada Tuanku, Perbahasan Ucapan Tuanku tidak diberi keutamaan.

Sementara itu Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Aziz Bari menyifatkan tindakan menyerahkan memorandam kepada Sultan Perak memohon perkenankan baginda agar darjat kebesarab dua wakil rakyat Pakatan Rakyat ditarik balik lihat saperti mempertikaikan kuasa dan hak Sultan Perak.

Menurutnya gelaran dan anegerah adalah pengiktirafan daripada Sultan yang diberikan kepada individu tertentu atas jasa dan sumbangan seseorang kepada negara.

Menurutnya, dari segi prinsip dan hak seseorang individu yang diberi penganugerahan, sekiranya mereka terlibat dengan jenayah yang dapat dibuktikan dengan kukuh, kuasa menarik gelaran dan anugerah itu terletak kepada Sultan dan majlis penasihat istana.

“Tidak dinafikan Sultan mempunyai kuasa menarik balik, tetapi baginda juga mempunyai penasihat yang akan menyiasat perkara tersebut agar keputusannya telus dan tidak dipengaruhi unsur politik.

“Dalam senario sekarang, ia seperti satu usaha yang tidak baik kerana adakah wakil rakyat BN sahaja yang boleh mendapat penghargaan?”

“Mereka boleh berikan pelbagai alasan untuk menyokong tindakan mereka, tetapi tidakkah mereka terfikir tindakan itu juga seperti mempertikaikan keputusan Sultan kerana darjah kebesaran itu dianugerahkan Sultan?, saperti dilaporkan Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment