Thursday, April 29, 2010

Hargai sokongan bukan Islam


IPOH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Dato' Seri Ir mohammad Nizar Jamaludin meminta pimpinan PAS setiap peringkat termasuk ahli ahli agar menjaga dan menghargai sokongan bukan Melayu terhadap PAS kerana sokongan tersebut amat berharga kepada perjuangan PAS.

Sebelum PAS begitu sukar untuk mendapat sokongan dari bukan Melayu disebabkan gambaran buruk yang diberikan oleh Umno sehingga wujud jurang yang tebal antara PAS dan bukan Islam.

Akan tetapi segala galanya kini sudah berubah, pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu, golongan bukan Islam secara terang terangan menyokong PAS tanpa rasa takut dan curiga menyebabkan PAS bersama komponen Pakatan yang lain menerajui lima negeri.

"Ini satu yang cukup membanggakan yang sebelum ini kita tidak terfikir orang orang Cina dan India boleh menyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tambun di sini 11 April lalu.

Menurutnya, hubungan yang cukup mesra dan harmoni ini perlu diteruskan oleh PAS di setiap peringkat kerana sokongan bukan Islam bukan mudah untuk diperolehi sebelum ini, kerana itu ahli ahli PAS dan pimpinan perlulah menghargai sokongan bukan Islam kepada perjuangan PAS.

Sebelum itu Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malik dalam ucapannya antara lain menyebut semua pimpinan PAS kawasan dan cawangan mesti bertanggungjawab atas kepimpinan yang diamanahkan dan laksanakanlah arahan demi arahan dari pimpinan yang lebih dengan penuh iltizam.

"Pihak pimpinan negeri menerima arahan daripasa PAS Pusat, pimpinan PAS kawasan menerima arahan daripada PAS Negeri. dan pimpinan cawangan pula menerima arahan dari PAS kawasan, begitulah seterusmnya."

Kalau mana mana mana rangkaian parti enggan dan cuai menerima arahan, parti akan bermasalah dan lemah, katanya.

"Tidakkah kelemahan parti yang berlalu secara disengajakan bakal mengundang dosa kerana hakikatnya kerja kerja amal Islami tersebut adalah datang dari Allah dan Rasulnya," ujar beliau.

Dr. Khairuddin turut menyenaraikan tugasan yang perlu dilakukan mengikut Aulawiyah iaitu menambah keahlian ahli PAS dan meningkatkan kualiti tarbiyah ahli ahli sedia ada.

Disamping itu menggerakkan jentera penerangan supaya dasar dasar PAS dan Pakatan Rakyat difahami oleh rakyat dan memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dan melaksanakan kerja kerja yang berkaitan dengannnya,.

Dalam masa yang sama perlunya PAS kawasan mengisi dan memperkukuhkan dana parti khususnya dana pengurusan dan dana pilihanraya serta mendokong semua program program parti yang sedia ada dengan diberi nilai tambah yang baru jika perlu.

Di samping itu juga membantu dan mengatur perkembangan organisai terbaru dalam PAS iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Semua ahli mesti menghulurkan tangan untuk membantu DPKPS

No comments:

Post a Comment