Saturday, April 24, 2010

Keputusan sudah dijangka


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut malah sudah menjangkakan bahawa Mahkamah akan membebaskan tuduhan rasuah terhadap 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten Bersara Mohd Osman Mohd Jailu pada hari ini.

DPPN Pk tidak mempertikai keputusan Mahkamah yang telah di buat tetapi sepertimana yang sudah dijangkakan kerana sudah tentu berpihak kepada ADUN Bebas tersebut. Apa yang lebih penting, DPPN Pk berharap rakyat dapat menilai dan mengadilinya kerana terlalu banyak persoalan yang timbul.

DPPN Pk mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 ADUN Bebas tersebut dan berharap keadaan dapat dibaiki sepertimana yang telah tercemar dahulu. Apa yang boleh rakyat harapkan ialah maruah dan integriti 2 ADUN Bebas tersebut dipulihkan kembali sepertimana yang rakyat inginkan.

Malah keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tercalar dengan keputusan Mahkamah tersebut. DPPN Pk mempersoalkan, di manakah bukti yang telah SPRM nyatakan dahulu kerana setiap pendakwaan perlu kepada bukti yang kukuh. Inilah nasib rakyat yang di rampas kuasa oleh mereka-mereka yang gilakan kuasa dan tidak menghormati hak rakyat sebagai penentu kuasa.


Salman Haji Salleh
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

No comments:

Post a Comment