Sunday, February 14, 2010

20 Nyonya Terima Sumbangan



PARIT: Pada 10 februari lalu Dewan Muslimat PAS Parit kerana bersama Lajnah Perpaduan Nasional dan Hal Ehwal Wanita (Halwa) meneruskan agenda mendekati masyarakat Cina terutamanya kaum Nyonya.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina satu program sumbangan kepada warga emas masyarakat Cina diadakan disebuah kedai kopi di Pekan Parit.

Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran pimpinan PAS kawasan , Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Hasan Johar, Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Mohd Ismi Mohd Taib serta pengarah MTD Belanja, Bunyamin Sastro.

Seramai 20 warga emas Nyonya Parit telah diberi hadiah sempena tahun Baru Cina. Majlis sumbangan tersebut berjaya kerana ia pertama kali warga emas kaum Cina datang ke program yang dianjurkan oleh PAS.

" Inilah pertama kali masyarakat Cina datang ke program yang dianjurkan oleh PAs, sebelumnya, kita menghantar sumbangan dari rumah ke rumah kerana agak payah bagi mereka untuk menghadirkan diri," jelas Ketua dewan Muslimat PAS Kawasan Parit, Dr. Najitossoleh Ahmad.

Seminggu sebelum program ini berlangsung, Muslimat juga telah berjaya menganjurkan majlis makan tengahari bersama masyarakat peniaga Cina Parit disebuah restoran di Pekan Parit. Kehadiran adalah melebihi 20 orang peniaga.

"Masyarakat Cina Parit mula menunjukkan perubahan setelah melihat pemerintahan Pakatan Rakyat yang hanya berusia 11 bulan sebelum dirampas oleh UMNO/BN," kata beliau.

Selesai agihan sumbangan kepada warga emas, Muslimat Parit turut mengedar kad-kad Tahun Baru Cina dan limau kepada peniaga-peniaga Cina disekitar Pekan Parit.

Menurut Dr. Najiha sebelum ini amat sukar sekali untuk mengajak masyarakat Cina untuk hadir ke program anjuran PAS.

"Sebelum ini kita hanya dapat ketemu mereka di premis-premis perniagaan mereka sahaja," ujar Dr. Najiha

Beliau mengharapkan program seumpama ini akan dapat membawa perubahan besar di Parlimen Parit Parit khusunya DUN Belanja,jelasnya.

No comments:

Post a Comment