Monday, February 1, 2010

`KITA GANYANG UMNO !




LARUT: 10 ribu pemuda PAS Perak yang berhimpun di sini semalam sempena Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) telah berikrar untuk `menggayang' Umno secukup cukupnya dalam pilihanraya nanti bagi memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali mengambilalih negeri Perak dari cengkaman BN.

Bacaan ikrar itu diketuai oleh Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Nuri Amin disambut oleh 10,000 pemuda uyang hadir dihadapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan dua Naib Presiden PAS, salahuddin Ayub dan Datok Mahfuz Omar.

Seluruh pemuda PAS Perak berikrar setia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen pengundi-pengundi Perak. Dalam masa yang sama mereka akan mempastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya samada ada pilihanraya negeri setalah Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dalam tempoh terdekat mahupun pilihanraya umum ke 13 akan datang.

"Bahawasanya kami akan memulangkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin".

Himpunan tersebut dan lapaz ikrar yang dilakukan oleh 10,000 pemuda PAS Perak itu sekaligus membuktikan kesediaan jentera pemuda menggalas tugas parti pada bila bila masa sahaja dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini.

No comments:

Post a Comment