Saturday, February 6, 2010

ZAMBRY PERKUDAKAN SUK & PEGAWAI KERAJAAN


IPOH: Menteri Besar Perak yang belum disahkan halal, Dato' seri Zambry Abdul Kadir dikatakan telah mempergunakan Setiausaha Kerajaan Negeri serta pegawai pegawai kerajaan di seluruh negeri ini untuk satu program solat hayat kediaman rasminya hari jam bermula jam 7.00 petang.

Pesanan ringkas (sms) itu dikatakan daripada Dato' SUK Perak yang dimesejkan kepada semua pegawai kerajaan. Menerusi mesej itu juga pegawai pegawai kerajaan diminta hadir bersama isteri masing masing untuk menjayakan solat hajat berkenaan.

Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika mengulas program solat hajat anjuran Zambry menegaskan kini Menteri Besar Kudeka BN Perak jelas semakin resah gelisah menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Rebruari ini.

"Umno/BN dan Zambry ternyata semakin resah gelisah lantas menggunakan SUK Perak untuk mengerahkan semua pegawwai kerajaan dan isteri untuk solat hajat, sedangkan Pakatan Rakyat Perak ketika berkuasa dahulu sering juga mengadakan solat hajat tetapi tidak pernah menggunakan SUK atau Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) untuk mengerahkan pegawai kerajaan untuk hadir," katanya.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat Negeri Perak hanya menggunakan jentera parti untuk mempertahankan kerajaan tetapi Umno/BN ternyata mempergunakan jentera dan pegawai kerajaan untuk mempertahankan Kerajaan BN Perak.

"Jelaslah kita kepada rakyat bahawa Umno memperalatkan pegawai kerajaan untuk kepentingan politik mereka," tegasnya.

Selain itu katanya, difahamkan penyelaras masjid masjid juga diperkudakan untuk mengerah pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid masjid melalui panggilan telefon .

No comments:

Post a Comment