Wednesday, February 10, 2010

PJ PAS PERAK SOKONG PENUH PENDIRIAN NIK AZIZ


OLEH: MOHD HAFEZ SABRI
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussein menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak.

Ternyata perkara itu jelas bertentangan dengan prinsip negara demokrasi apabila kuasa menentukan kerajaan tidak dikembalikan kepada rakyat semula.

Beliau turut meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes dengan menanam kebencian terhadap umno dan menentang kezaliman yang dilakukan umno yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.

Ustaz Abu Bakar Hussein berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Nik Aziz semalam. Bagi beliau keputusan yang dikeluarkan mahkamah ini adalah keputusan yang penuh dengan konspirasi yang disusun bagi menyelamatkan umno.

Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik dan khianat kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya, kerana itu rakyat perlu memprotes kerana zambry dilihat sebagai Menteri Besar yang diputuskan mahkamah, bukannya Menteri Besar yang diangkat oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 sebelum ini.

Menurut beliau lagi, umno sememangnya sangat licik dalam merosakkan seluruh sistem yang ada dalam negara ini, tidak mustahil negara ini akan rosak nilai keharmorniannya akibat dari politik kotor yang dimainkan umno.

“ Keadilan adalah satu perkara wajib ditegakkan, selagi mana umno terus berkuasa selagi itu kezaliman akan menindas rakyat”, jelasnya.

Sehubungan dengan itu beliau memberi peringatan kepada UMNO bahawa keputusan mahkamah ini, akan menjadi rujukkan di masa hadapan, dan tidak mustahil UMNO/BN akan kehilangan kuasa kerajaan dengan cara yang sama, sepertimana yang berlaku di Perak ini.

“ Kita telah sedia maklum bahawa Yang Dipertua Dewan selalunya akan memihak pihak kerajaan dan sesuatu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sukar dilakukan akibat dari kerenah Yang Dipertua Dewan," jelasnya.

Namun dengan rujukan kes seperti di Perak ini, jika undang-undang tubuh negeri hampir menyamai undang-undang tubuh negeri Perak, usul tidak percaya di dewan secara tidak langsung tidak lagi diperlukan, melain perlu dibuktikan kepada Yang Dipertuan Agong atau Sultan bahawa Menteri Besar tidak lagi menerima sokongan majoriti, hanya melalui perkenan istana secara tidak langsung sebuah kerajaan boleh diguling. katanya.

No comments:

Post a Comment