Friday, February 12, 2010

Bubar DUN Tidak Mustahil


PARIT: 12 Feb: Rata-rata ramai yang menganggap UMNO dibawah Dato Zambry tidak akan bertindak untuk membubarkan DEwan Undangan Negeri (DUN). tetapi kemungkinan itu tidak boleh dipandang remeh oleh Pakatan Rakyat.

UMNO/BN merasakan mereka berada dalam zon selesa kini untuk bubarkan Dun. Mereka hendak buktikan kepada rakyat bahawa mereka akan mendapat majoriti yang lebih banyak dan bergaya bila berlaku pilihanraya, keadaan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihanraya ke 13.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pusat yang juga Ketua Muslimat PAS Kawasan Parit, Dr. Najihatossoleha Ahmad ketika mengulas kemenangan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

"Umno/BN tidak mustahil untuk bubarkan Dun, malah ada desas-desus yang mengatakan begitu," ujar beliau.

Suara Perak Bil 2 yang baru diterbitkan oleh Kerajaan BN Perak menjelaskan Kerajaaan UMNO/BN menyerahkan surat tawaran tapak rumah hak kepada 44 penduduk setinggan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Sungai Siput.

Ada penduduk yang merasa lega kerana sejak 27 tahun yang lalu baru kini impian mendapat tapak rumah menjadi kenyataan.

Anihnya siapa yang memerintah Perak sejak 27 tahun yang lalu, siapakah wakil rakyat yang menjaga kawasan tersebut sejak lama dahulu." katanya.

Sebenarnya pihak yang berusaha untuk memberi hak milik itu adalah Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disebabkan berlakunya rampasan kuasa oleh BN, Pakatan Rakyat tidak sempat hendak beri hak milik tanah, katanya.

"Bila BN berkuasa merelah jadi hero bela rakyat," jelasnya.

Dalam buletin juga dimaklumkan BN melancarkan Sekretariat Pilihan raya,di Sekolah Kebangsaan Sri Pinang, Semanggol dan program Mesra Rakyat dilancarkan secara agresif .

Menurut beliau lagi buletin suara Perak itu disebarkan diserata tempat beberapa hari sebelum keputusan mahkamah,

Beberapa petunjuk lagi yang menyatakan bahawa tidak mustahil akan berlaku Pilihanraya di Perak ialah berlaku penambahan pengundi yang agak ketara di seluruh negeri Perak mengikut sumber yang boleh dipercayai sebanyak 55,000 orang.

pertambahan yang besar ini berlaku selepas pilihanraya ke 12 yang lalu hinggalah penghujung tahun 2009.

Pertambahn yang agak besar yang telah didaftarkan oleh Suruhanraya Pilihanraya (SPR) ini sudah pasti memberi keyakinan kepada UMNO/BN untuk merampas semua kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, katanya.

Diberitakan juga katanya, dalam blog yang lain, kerajaan Zambri bermesyuarat Exco diluar Perak pada har i semalam(sebaik sahaja Mahkamah persekutuan mengumumkan Zambri kekal sabagai Menteri Besar Perak, sudah pasti ada perkara penting yang hendak dibincangkan.

"Berpandukan kepada faktur faktur tersebut saya ingin mengingatkan para petugas PAS jangan leka , teruskan gerak kerja penerangan ,jangan merasa lemah semangat, kenal pasti pengundi-pengundi baru, kempen dari rumah ke rumah dalam bentuk yang lebih hikmah perlu dimulakan dengan seberapa segera," jelasnya.

Dalam masa yang peta lokaliti, bilik-bilik gerakan dan yang penting dana dan sumber kewangan perlu diselesaikan segera bagi menghadapi sebarang kemungkinan, tambahnya

"Teruskan munajat mohon pertolongan dari Allah, itu senjata orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya," kata beliau.

No comments:

Post a Comment