Sunday, February 28, 2010

Apakah jadahnya.......


Apakah jadahnya Cuepecs bersama 70 NGO Melayu bergabung menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM)? Bukankah Cuepecs merupakah Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam? Rasanya lebih baik Cuepacs tukar nama kepada Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Melayu Dalam Perkhidmatan Awam. Lepas itu boleh masuk Umno atau tubuh parti baru sertai BN.

Baru baru ini Sebanyak 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bergabung bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

Antara NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu berkata, peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan Raja-Raja Melayu di negara ini.

KIta pun hairan macam mana Cuepacs boleh terjun bersama dalanm NGO Melayu, sepatutnya pimpinan Cuepacs ubah dahulu nama kongres Kesatuan Pekerja Perkerja Melayu Dalam Perkhidmatan Awam, lepas tu barulah `joint' MPM. Itu baru betul.

Dalam era 1Malaysia ini nampaknya Cuepacs tidak guna pendekatan Najib, ianya lebih perkauman Melayu, kalau macam itu lebih cipta satu nama baru ganti 1 Malaysia kepada 1Melayu, barulah perkauman Melayu 100 peratus.

Kata Raja Lompat itu, “Pada masa sama, kita juga akan jadi pendesak yang berhemah kepada kerajaan supaya kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan Negara berdasarkan Perkara 153,” ' Kita hendak tanya raja lompat tu, jadi pendesak yang berhemak ke atau jadi pembodek dan jadi alat mempertahankan Umno.

Dalam keadaan sekarang ini, Umno semakin tidak diterima oleh rakyat, kita melihat MPM itu lebih kepada jadi alat mempertahan Umno sahaja. Pastinya Najib dan Umno terlalu suka dengan MPM itu kerana ianya boleh alat menyerang Pakatan Rakyat.

KIta hendak tengok nanti apakah betul MPM jadi pendesak atau jadi penentang paling hebat kepada Pakatan Rakyat setelah ianya jadi pembodek nombor 1 kepada Najib dan Umno.

No comments:

Post a Comment