Wednesday, February 10, 2010

BERTENANG , HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH


IPOH: 10 Feb: Ahli ahli dan penyokong penyokong Pakatan Rakyat diminta bertenang dan `berlapang dada' berhubung keputusan mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan daripada Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin dalam kes Menteri besar Perak kelmarin, maka saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

"Kita minta semua Penyokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak diminta supaya bertenang dan menerima hakikat bahawa keputusan itu hendaklah dihormati sebagai satu proses undang-undang yang ada di negara ini."

Demikian dinyatakan Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini.

Menurut beliau segala tindakan yang dilakukan oleh semua penyokong Pakatan Rakyat selepas ini mestilah dalam keadaan yang perlu dikawal dan jangan melangkaui undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

Oleh itu katanya bagi mengelakkan sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang walaupun akan melalui provokasi dari pihak musuh Pakatan Rakyat.

"Bagi yang menganut agama Islam, saya menyeru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya terus mendoakan kesejahteraan kepimpinan kita dan Allah memberikan sifat sabar dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan sisa perjuangan yang mesti diteruskan," jelasnya.

Bagi beliau kalah di Mahkamah Persekutuan bukan bermaksud kalah di Mahkamah Rakyat, kerana itu seluruh ahli , penyokong dan pekerja parti perlu menyusun langkah lebih terancang dan sisitemetik bagi memastikan Pakatan Rakyat terus berada dihati rakyat.

"Saya yakin bahawa gelombang rakyat yang mahukan perubahan di Perak masih tidak luntur dan perlu dijana terus untuk memastikan mereka tetap memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang," tegasnya.

Sehubungan dengan itu beliau turut meminta semua pimpinan dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat hendaklah terus memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah untuk memenangkan Pakatan Rakyat dengan meneruskan usaha menjelaskan dan menerangkan kepada rakyat yang belum menyokong Pakatan Rakyat mengenai dasar dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat yang jauh berbeza dengan BN.

"Usaha-usaha penerangan mestilah ditingkatan dan janganlah banyak unsur menyerang semata-mata," jelasnya.

Beliau percaya penyokong Pakatan Rakyat sangat berdisplin dan mematuhi undang dan boleh dikawal sejak keputusan diumumkan kelmari, Oleh itu beliau menafikan sekiranya ada sahaja bentuk provokasi dari pihak lawan untuk memburukkan Pakatan Rakyat bagi mengambarkan Pakatan Rakyat menolak keputusan kelmarin.

Khalil berharap semua ADUN Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang yang efektif di Dewan Undangan Negeri Perak dengan beberapa syarat yang diperjelaskan dalam sidang media malam tadi, termasuk dalam beberapa perkara yang berkaitan jawatan Speaker dan tiga ADUN `katak' yang perlu diperjelaskan selepas ini.

"Keputusan tersebut bukannya kita mengaku kalah namun atas prinsip menghormati keputusan mahkamah," ujarnya.

Oleh itu beliau menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menyegerakan dan melancar serta melicinkan proses yang dilakukan oleh Pusat Khidmat ADUN Pakatan Rakyat dan Pusat Khidmat Pakatan Rakyat di kawasan yang Pakatan Rakyat tidak menang supaya memberikan bantuan berupa dana, nasihat, tenaga dan fikiran bagi melicin dan melancarkan pusat khidmat tersebut.

Beliau menegaskan semangat semua ADUN Pakatan Rakyat masih tidak luntur , malah terus bersemangat kental.

"Kekuatan semangat yang dimiliki oleh Dato'Seri Nizar yang tidak pernah luntur mestilah menjadi contoh kepada semua pihak untuk meneruskan perjuangan yang belum berakir .

No comments:

Post a Comment