Saturday, February 6, 2010

KONVOI PR BERTEMU RAKYAT






IPOH : Jam 8.00 pagi tadi program Konvoi Sempena Setahun Kudeta Kerajaan Haram BN Perak anjuran Pakatan Rakyat Negeri Perak berjalan lancar. ADUN ADUN Pakatan Rakyat termasuk Dato'seri Mohamad Nizar Jamaludin hadir sama. Turut kelihatan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Setiausaha PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki dan Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

Turut sama dalam konvoi tersebut Pengerusi DAP Perak, Dato' Nge Kor Ham dan Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub. Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Ustazah Bariah Alang Safri bersama beberapa orang jawankuasanya turut sama. Begitu juga wakil dari wanita PKR Perak.

Dua buah bas telah disediakan oleh penganjur untuk menuju ke utara dan selatan Perak. Sekitar jam 8.00 pagi rombongan telah mula berkumpul dan rombongan mula bergerak ke destinasi masing-masing pada jam 8.30 pagi.

Rombongan ke utara seramai 25 orang diketuai oleh Dato'seri Nizar Jamaluddin bersama isterinya, manakala rombongan ke selatan diketuai oleh Dato' Ngeh Khoo Ham dan Mustafa Kamil Ayub.

Sebelum bertolak ke destinasi masing masing, Ustaz Abu Bakar Hussein membaca doa yang keselamatan rombongan. Rombongan tersebut akan singgah di beberapa tempat untuk bertemu rakyat.

No comments:

Post a Comment