Monday, February 1, 2010

MARI KITA `AJAR" UMNO





LARUT: Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyeru 10,000 Pemuda PAs yang berhimpunan di Himpunan Pemuda PAS Perak di sini serta rakyat negeri ini agar bangun dengan satu tekad untuk `mengajar' BN dalam pilihanraya nanti kerana Umno/BN telah terlalu `kurang ajar' kepada Islam dan bangsa Melayu.

"Kita tidak boleh biarkan lagi Umno melakukan kebiadapan kepada Islam dan bangsa Melayu, meniup api perkauman di kalangan rakyat negara ini, susah sampai masanya Pemuda PAs dan rakyat negeri ini `melanyak' Umno habis habisan kerana sikap kutrang ajar Umno terhadap bangsa dan agama," tegasnya.

Beliau menyampaikan pidatonya di hadapan kira kira 10,000 pemuda PAs yang hadir di himpunan tersebut yang diadakan di perkarangan Madrasah Darul Ta'lim semalam.

Suatu ketika dahulu katanya, pemuda Umno bangkit untuk meniup api perkauman yang dahsyat, `basahkan keris dengan darah Cina', dalam masa yang sama Umno kononnya parti yang menjunjung semangat perpaduan, inilah sandiwara Umno terhadap rakyat negaera ini," jelasnya.

Menurutnya, sudah cukup banyak siri siri kezaliman Umno/BN di negara ini termasuk rampasan kuasa di Perak, kerana itu pemuda pemuda PAs, penyokong penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat di negeri ini wajar menamatkan segera kezaliman Umno agar rakyat dalam hidup harmoni di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sempemna himpunan ini, mari kita hempap Umno semahu mahunya agar Umno tidak bernafas lagi, kita lanyak Umno secukup cukupnya pada pilihanraya nanti," tegasnya disambut dengan laungan takbir daripada 10,000 pemuda PAS yang hadir.

Sebelum itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucapannya melahirkan rasa kagum dengan sambutan yang diberikan oleh pemuda PAs seluruh negeri Perak bagi menjayakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP).

"Tahniah diucapkan kepada piminan Pemuda PAS Negeri Perak kerana berjaya menganjurkan himpunan ini kerana program seumpama ini amat penting bagi menjana sinergi kekuatan pemuda negeri," katanya.

Dalam keadaan Islam dicabuli setiap hari tetapi Pemuda PAS Perak berjaya menunjukkan kekuatan bahawa Pemuda PAS mampu mengumpulkan mereka yang ingin bersama dengan Islam, katanya.

Di majlis itu juga turut berucap dua Naib Presiden PAs, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

No comments:

Post a Comment