Thursday, January 14, 2010

Seluruh Ahli PAS Dminta Solat Sunat Gerhana Matahari


IPOH: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Abu Bakar Hussein mengarahkan seluruh ahli PAS si negeri ini agar menunaikan solat gerhana matahati pada besok hari.

"Saya diarahkan oleh Ustaz Abu Bakar Hussain,  meminta semua ahli PAS untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari yang jatuh pada hari jumaat 15  Januari  antara jam 3.15 hingga 5.45 petang," kata Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya semua PAS Kawasan Perak diarahkan untuk menganjurkan solat sunat gerhana di markaz dan tempat lain yang difikirkan sesuai.

"Marilah kita mengambil peluang keemasan yang jatuh pada hari Jumaat esok hari untuk bermunajat kepada Allah SWT agar suasana politik yang tidak tenteram dan tidak aman di Perak dikembalikan dengan rakyat diberikan peluang sekali lagi untuk memilih siapakah kerajaan pilihan mereka, Pakatan Rakyat atau BN," katanya

Tidak ada jalan yang terbaik melainkan DUN Perak dibubarkan demi mencapai hasrat dan cita-cita itu, tegas beliau yang juga DUN Titi Serong.

No comments:

Post a Comment