Thursday, January 21, 2010

PR PERAK JANGAN SYOK SENDIRI


Jika ditanya pada pemimpin pemimpin atau ahli ahli PAS, DAP atau PKR potensi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 13 atau pilihanraya seluruh di Perak bila DUN Perak dibubarkan nanti, jawapannya pasti "kita yakin menang". Yakin menang tak salah. Yang salahnya terlalu yakin itu saja.

Yakin menang mesti ada faktanya, kerja buatnya O.K tak atau K.O. Ini mesti difikirkan, PR jangan lupa perancangan musuh ketatnya iaitu Umno/BN.

Bila Pakatan Rakyat berjaya memerintah selama 11 bulan itu, Umno/BN duduk diam ke? Atau Umno pengsan tak sedarkan diri sehingga 11 bulan. Ini yang Pakatan kena ingat.

Ada tak bila PR menang dulu gabongan PR buat kerja bagi memantapkan kemenangan di kawasan DUN yang PR menang sedikit macam Lubuk Merbau, atau di DUN DUN yang kalah dengan majoriti kecil seperti Pengkalan Hulu yang kalah cuma 14 undi. Begitu juga DUN Kubu Gajah yang PAS kalau sekitar 60 undi.

Kita jangan ingat Umno duduk diam, ia buat kerja sebaik BN kalah di negeri ini. Kita tidak tahu apa agendanya tetapi yang pasti Umno buat kerja untuk mempastikan kemenangannya nanti.

Umno/BN telahpun rampas Perak dari Pakatan Rakyat. Tetapi Umno pastinya buat kerja `gila gila' untuk menambahkan majoritinya terutama di DUN yang BN kalah sedikit dan menang sedikit.

Selepas menang dulu ada tak PR buat kerja menambahkan lagi DUN DUN yang dimenangi, ada tak kita buat kerja untuk mempertahankan kemenangan di kawasan kawasan yang telah dimenangi.

Atau bila menang kita jadi `seronok sakan' hingga sampai 10 bulan. Dah nak jatuh baru nak buat kerja? Atau terlalu kekenyangan lantaran banyak sangat kenduri kesyukuran.

Atau mungkin juga sedang mengi ngira `habuan' yang bakal diperolehi atau sedang mengintai ngintai kawasan balak mana yang hendak dibolot?

Isu DS Nizar jadi boneka DAP dan Nizar derhaka pada Sultan Perak masih releven bagi Umno untuk mempengaruhi minda orang Melayu di kampung kampung. Buktinya dalam pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang yang lalu undi yang diperolehi calon PAS merosot banyak di kawasan Melayu saperti di DUN Trong.

Ini diakui sendiri oleh DS Nizar sokongan Melayu di pedalaman kepada PR semakin merosot berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Walaupun sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu tidak luntur tetapi ianya sedikit berkurangan. Ada pihak yang menyatakan sokongan orang Melayu kepada PAS merosot sedikit sekitar tujuh ke lapan peratus.

Ini yang perlu ditangani dengan bijak oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR. Kita jangan ingat tujuh peratus itu sedikit saja, tak mengapa. Kita bimbang jika tidak ditangani dengan bijak angka itu boleh bertambah menjadi 10 peratus. Adakah sampai ke angka itu baru kita hendak berbuat sesuatu?

Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang. Difahamkan sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka ini ?

Dalam 100,000 pengundi baru itu berapa banyak nama yang PR daftarkan sebagai pengundi baru. Atau 100,000 itu Umno & the geng' yang buat ? Jika bilangan pengundi baru itu Umno/BN yang daftarkan sebagai pengundi, sahlah mereka semua itu penyokong BN. Jika ini benar macam mana? Boleh `bungkus' kita yob.

Mulai semalam hingga 26 Januari ini SPR telah mempamerkan senarai pengudi baru yang telah mendaftar dari 1 Oktober hingga 31 Desember tahun lalu. Pakatan Rakyat kena tengok ni, kena semak. Kalau tidak nanti `bungkus' Pakatan Rakyat dilanyak Umno/BN.

Dikatakan ramai pengundi telah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka, ini lagi kena semak, kita bimbang penyokong penyomng Pakatan Rakyat dipindahkan di tempat lain bagi mengurangkan pengundi PR di sesuatu kawasan, dengan itu BN boleh menang. Di kawasan yang PR kalah sikit dan menang tak banyak, kawasan ini kena semak betul betul. Umno biasanya buat kerja `memindahkan' nama pengundi ni. Semak betul betul.

Di Sungai Siput diberitakan calon BN sudah mula bermalam di kampung-kampung orang Asli. Ahamad Pakeh Adam sudah mula tinggal di kampung Orang Asli untuk memastikan Orang asli menyokong BN.

Diberitakan juga anggota-anggota polis dan tentera sekarang diarahkan untuk membuat Mykad. Untuk apa? Mungkin ada agenda tersembunyi, siapa tahu, PR kena teliti perkara ini.

Perlu diingatkan juga di saat hampir pilihanraya nanti janganlah ada yang berangan angan nak jadi calon, lepas tu berebut pula nak jadi calon. Dulu sebelum PR memerintah Perak, ada yang menarik diri bila hendak dijadikan calon. Itu dulu. Sekarang ini potensi PR nak menang di Perak besar, nanti ramai yang yang berebut calon. Bila menang ada peluang jadi Exco Kerajaan Negeri. Kerja tak mana sangat tetapi sebok nak jadi calon.

Pakatan Rakyat Negeri Perak jangan syok sendiri dan terlalu yakin menang. Pakatan Rakyat biar buat kerja `gila gila' untuk mencapai kemenangan. Tetapi bukan gila syok sendiri.

No comments:

Post a Comment