Saturday, January 2, 2010

Jom Sertai Briged Pengguna Bistari

Abdul Rahim Noordin menyampaikan cenderahati kepada Mahfuz
Mahfus sedang memberi taklimat
Mahfuz sedang menunjukkan jaket Briged Pengguna Bistari

Briged Pengguna Bistari Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Perak telahpun dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar  di Pejabat PAS Negeri Perak 27 Desember lalu.

Tahniah kepada LPAS Negeri Perak dibawah pimpinan Abdul Rahim Mohd Noordin kerana mengambil iniasif awal penubuhan briged tersebut, semoga ianya berperanan dengan sebaik mungkin.

Seperti kata Dato' Mahfuz Omar skop lajnah ini amat luas `seluas bumi dan langit', pastilah mereka yang menganggotai LPAS dan Briged Pengguna Bistari mempunyai kaedah dan cara dalam menangani permasalahan kepenggunaan dan alam sekitar. Diharapkan akan lebih ramai yang akan menanggotai briged ini kerana tugas dan peranan mereka amat diperlukan bagi menangani hal ehwal kepenggunaan dan alam sekitar.

Banyak aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini antaranya Hari Pengguna, Hari Bencana Alam, Karnival Pengguna dan banyak lagi. Termasuk juga nanti akan diwujudkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)  yang dinamakan Sahabat Pengguna Bistari.

Ahli ahli PAS yang berminat untuk menyertai Briged Pengguna Bistari PAS Negeri Perak bolehlah menghubungi Pengerusi LPAS PAS Perak, saudara Abdul Rahim Mohd Noordin di talian 0195700168 untuk mendapatkan maklumat lanjut dari beliau.

PAS kawasan kawasan telahpun diminta menubuhkan lajnah berkenaan. Diharapkan seluruh PAS kawasan kawasan di negeri ini bertindak segera bagi mengwujudkan lajnah ini di peringkat kawasan bagi menangani isu kepenggunaan dan alam sekitar peringkat kawasan. Jangan ada nanti PAS kawasan kawasan yang masih `berpeluk tubuh' dan diam membisu sehingga lajnah berkenaan tidak diwujudkan.