Wednesday, January 13, 2010

Tindakan PAS Perak Wajar Dipuji




Tindakan PAS Perak yang mengadakan kunjungan dan lawatan ke dua buah gereja di Taiping ekoran cubaan membakar gereja tersebut sewajarnya dipuji kerana ianya sekaligus melambangkan bahawa PAS Negeri disamping melahirkan simpati di atas kejadian yang menimpa dua gereja ini, yang penting memperlihatkan PAS Perak anti keganasan dan mengutuk perbuatan tersebut.

Rombongan PAS Perak yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin bersama Setiausaha PAS Negeri, Misbahul Munir Masduki serta pimpinan PAS Kawasan Taiping, Muslimat Taiping dan Bukit Gantang membawa satu mesj penting bahawa tindakan individu tertentu yang melakukan perbuatan khianat itu merupakan satu perbuatan orang yang tidak bertamadun.

Kedatangan rombongan PAS Perak juga menunjukkan PAS Perak dan ahli ahlinya serta penyokong penyokongnya mencinta keharmonian dan keamanan serta menghormati penganut agama lain, sekaligus melambangkan PAS Perak memandang serius perbuatan khianat itu dan mahu pihak yang melakukannya dibawa di muka pengadilan untuk menerima hukuman yang setimpal.

Inilah pemimpin berjiwa rakyat

No comments:

Post a Comment