Sunday, January 24, 2010

PJ PAS PERAK ARAH SEMAK SEGERA



IPOH: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein mengarahkan semua Yang Dipertua PAS kawasan kawasan di negeri ini bergerak pantas dengan membuat semakan senarai daftar pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Perak dan kini sedang dipamerkan kepada orang ramai untuk semakan dan babtahan.

"Semua Yang Dipertua PAS kawasan kawasan mesti membuat semakan di kawasan masing masing bagi mempastikan senarai daftar pengundi tersebut benar benar wujud, dan kita mahu kenalpasti pengundi pengundi yang baru didaftar itu," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Seminar Memperkasakan Parti anjuran Lajnah Memperkasakan Parti PAS Negeri Perak di sini semalam.

Pada 20 Januari lalu SPR Perak telah mempamerkan senarai pengundi baru yang didaftarkan pada 1 Oktober hingga 31 Desember lalu dan orang ramai boleh menyemaknya di Pejabat SPR Negeri, Pejabat Pos atau laman web SPR.

Ketika Pakatan Rakyat sibuk siri ceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN dikatakan sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang. Difahamkan sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak.

Oleh kerana itulah beliau mahu semua YDP kawasan dan pertugas pertugas parti mengambil serius perkata tersebut kerana kesilapan atau kecuaian untuk menyemak daftar pengundi tersebut akan memberikan kesan yang besar kepada PAS pada pilihanraya umum akan datang .

"Sekiranya DUN dibubarkan dalam tempuh terdekat dan pilihanraya dijangka dalam bulan Mac, senarai daftar yang dipamerkan itu akan digunapakai dalam pilihanraya nanti, kerana itu kita mesti membuat semakan yang teliti," katanya.

Mengenai memperkasakan parti, beliau mahu mahu lajnah lajnah diperkuat dan diperkasakan juga dan ini perlu diambil perhatian serius semua pimpinan dan ahli.

"Kita mahu kuat di setiap bidang, bukan sahaja Lajnah Memperkasakan Parti kuat, lajnah lajnah lain pun kita mahu kuat dan perkasa untuk kita memenangi pilihanraya umum akan datang," jelasnya.

Dimajlis itu juga Naib Presiden PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Memperkasakan Pati PAS Pusat, Salahuddin Ayub telah memberikan taklimat langkah langkah perlu bagi memperkasakan parti.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak  yang juga Pengerusi Lajnah Memperkasakan Pari PAS Perak, Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik. 

No comments:

Post a Comment