Saturday, January 30, 2010

Ubah Persepsi salah Dalam Dunia Perniagaan





IPOH: PAS Negeri Perak pagi tadi bertempat di Hotel Sri Malaysia berlangsungnya Diskusi Usahawan Ke 3 anjuran Lajnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Perak. Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Abu Bakar Hussein bertindak menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan program tersebut. Kira kira hampir 100 usahawan hadir di majlis itu.

Dalam ucap utamanya Ustaz Abu Bakar menekan kepada perlunya sumbangan daripada usahawan usahawan dalam memajukan dan menggerakkan perjuangan Islam di negeri ini khususnya. Beliau mengambil contoh dari sirah perjuangan para sahabat saperti Abdul Rahman Auf yang meninggalkan harta dan isterinya di Makkah dan melakukan hijrah bersama Nabi Muhammad ke Madinsah. Di Madinah beliau berusaha gigih dan akhirnya menjadi tokoh korporat terkenal di Madinah.

Abdul Rahman Auf tidak menjadikan kekayaannya untuk dirinya sahaja tetapi mengimfaqkan kepada perjuangan Islam. Inilah yang kita mahu lahirkan usahawan saperti usahawan Abdul Rahman Auf yang kaya tetapi tidak kedekut malah bermurah hati mengimfakkan hartanya untuk perjuangan Islam.

Menurut beliau Nabi Muhamad mula menceburi perniagaan pada usia muda, 13 tahun telah mengikut bapa saudaranya ke Syam untuk berniaga. Mengambil dari sirah ini beliau meminta anak anak ahli PAS perlu digalakkan menceburi dunia perniagaan pada usia muda.

"Lihat orang orang Cina, mereka mendidik anak anak mereka berjinak dengan perniagaan sewaktu masih dibangku sekolah, tetapi anak anak orang Melayu Islam lebih suka melepak dan merempit, persepsi ini kena kita ubah," katanya.

Menurut beliau lagi, para usahawan perlu membetulkan beberapa persepsi salah mengenai dunia perniagaan yang berlaku kini. Umpamanya berniaga perlu menipu, matlamatnya untung tanpa mengira caranya halal atau tidak.

Kontraktor mesti beri rasuah, kalau tidak beri rasuah tidak dapat projek. Persepsi ini juga mesti diubah, kerana itu para usahawan PAs mesti mengubah sikap yang tidak betul ini.

Di majlis itu juga beliau menyarankan agar setiap ahli PAs menyumbang RM10.00 sebulan untuk memantapkan PAS Negeri, dengan itu PAS negeri akan mempunuyai dana yang yang boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam dan PAS sendiri.

"DI Perak kita ada 80,000 ahli, katakanlah 30,000 sahaja yang aktif, maknanya kita ada RM300,000 sebulan, dengan ini PAS Negeri mempunyai dana yang yang besar untuk mengatur program ataupun ianya boleh digunakan untuk merealisasikan impian PAS Negeri iaitu untuk mengwujudkan kompleks PAS Perak.

No comments:

Post a Comment